Update in progress........

Sunday, March 16, 2008

Congratulations!

My Sister's Wedding - 15.03.08

The newlyweds... Nor Shafieza and Zahari. May live happily ever after. The 'akad nikah' was held at Masjid Ubaidilah, near at my house on 14th March.


It was a long day for me..to set up and clean the house. The next day was wedding ceremony. Full house la. It was my sister's birthday too. Happy Birthday Sis! Oh..thanks to you guys for coming over! Appriciate it. Hehe..

Tuesday, March 4, 2008

Agency's Trip

Salang, Pulau Tioman - 01.03.08

Ni trip atau percutian yang pertama Agency aku buat..pendekatan baru untuk mendekati agent-agent lain. Amy and Adi yang handle trip ni. Hehe. Kite org bertolak dari KL dlm pukul 10mlm. Meet point kat Dunkin Donat, after tol Sg. Besi. Lambat gak kite org gerak sebab yang lain ada yang tak sampai lagi. Dlm kul 1130 gak la kite org bertolak ke Selatan. 7,8 kereta jugak la yang konvoi. Masing-masing nak pecut jer. Hmmm..bmw la kate kan. Ahaks! Kite org ada gak berhenti kat RnR. Then exit to Ayer Keroh. Kita lalu ikut Kluang and Mersing. From Kluang, aku bawak lak kete. Gelap gak jalan dia.. So,kite orang sampai Jeti Mersing dlm kul 430am. Kite orang lepak minum dulu kat warung. Hujan lebat time kat Mersing tue. Fikir nak naik feri time hujan ni pun da kecut,coz takut berombak kan. Da minum pastu kite org tido dlm kereta masing-masing sambil tunggu feri buka pukul 730am.

Dalam feri,aku duk kat bahagian kokpit la..kat ngan driver. Ombak memang kuat..tapi bawak slow-slow la. Ntah macam mana,aku rase pening giler..mcm mabuk laut, tapi aku rase aku tak pernah lagi mabuk-mabuk laut nih..nak tau sebab dia, aku hisap rokok dalam feri tu. Kate brother tue, aku tak biasa lagi hisap atas kapal...hahaha, tu yang mabuk tue. Tak tahan dol, kena baring gak..tak nak tido kena buat tido jugak. Adoiiila..melepas aku nk tengok pemandangan laut China Selatan. Lama jugak la kite orang dalam feri tu..about 3 hours. Sampai lebih kurang kul 1030 camtu. Check in kat Salang Pusaka, siap-siap terus sebab nak makan. Lapar dol. Ada welcome drink gak td. Petang aktiviti bebas. Ape lagi beb...mandi laut la. Suar aku beli kat kedai Khalid's Store..30 hinggit..kaler merah. Ombak kuat jugak..skali dia datang...terpelanting ke sisir pantai. Ish Ish Ish Ish mcm gasing daaaa.. Pas dinner, aku main chess ngan Kak Hisma and Hakim..Hmmm aku blasah dia org..tak kasi can la. Malam tue, kite org jalan-jalan kat kedai-kedai tepi pantai tu. Tak beli apa pun..tengok jer.

Pagi esok tue, kite orang pergi snorkeling..ni first time aku wat snorkerling. Takut pun ada..dalam wooo. Tp aku buat rileks jer. Orang lain bole buat tak kan aku tak leh kan..yerla takut tu ada la gak kan..berenang pun bukan pandai sangat..cemas je lebih. Ada life jacket bole la membantu ketakutan aku ni sket. Huhu. Kite org pergi dua tempat..yg first tadi aku tak lama sgt..kira warm up jer. (takut..hahaha). Yg second tue,aku layan habis-habis. Sorang-sorang aku snorkeling..Chantek wooo! Fuyooo! Slama ni tgk dalam tv jer...ni live tgk coral and ikan-ikan chantek. Huhu..
After snorkeling, balik semula ke pulau..mandi-mandi and then g minum kat warung tepi pantai. After that, kite orang main game Robert T Kiyosaki, Kak Amy yang bwk. Uish! Best gak ek game tue..dia ajar kita camne nk manage our financial and be a millionaire. Huhu.. Dinner,we had a bbq kat Salang Pusaka Restaurant. Ikan semua fresh dari laut. Hmmm..best. Then mlm tu, aku jalan-jalan tepi pantai and pegi jeti. Saje nk amik gambar. Kat bilik,kite org main daun terup. Kak Nomie and Kak Hisma pun main jugak..hahaha. Yang tak tahu main takde hal, ajar jer. Huhu..mlm tue pun aku tdo lambat jugak..padahal esok tu nk balik da. Hmmm mcm tak puas jer. Esok pagi,after breakfast kite orang sempat cari barang sket. Aku beli rantai je. Bertolak dari Salang kul 11 camtu. Kali ni duk kat bawah lak. Pihak feri tak bagi duk bahagian atas..suruh penuhkan kat bawah dulu.. Aku duduk and terus sumbat earphone..biasala,bising ngan enjin feri tue. Hmmmm terus tertido. Sedar-sedar da sampai jeti Mersing. Perut da lapar, terus cari makan kat food court. Kat situ aku tengok semua beli cenderahati....dari keychain sampai la shirt. Aku beli keychain jer nak bagi kawan-kawan. Huhu. Bertolak balik, sampai KL dalam kul 8. Next time nak pegi lagi. Yahooo!!