Update in progress........

Sunday, August 31, 2008

Chill Out

Dataran Merdeka - 31-08-08

Sempena menyambut Hari Merdeka ke-51, aku, Leen dan Izal pergi ke Dataran Merdeka. Kami bangun awal, 6.30 pagi da bangun. Naik LRT-Star dari Sentul Timur turun di Masjid Jamek. Ingatkan pukul 6.30 pagi dah awal da..tapi ada lagi yang lebih awal. Huhu. Sampai sana,ingat nak makan dulu kat McD tapi tak buka lagi..huhu. terpaksalah ikat perut. Sepatutnya Tina join sama, tapi dari tadi call tak angkat-angkat. Line maxis pun macam apa entah. Langsung tak ada coverage, pada hal di ibu kota KL ok. Sengal.

Kami berdiri belakang penonton di tepian jalan. Semua tempat dah penuh. Huhu. Kalau tahu penuh, pukul 6 pagi dah ada kat sana dah. Huhu.. Mula-mula kami curi masuk kat bahagian reporter, tapi polis tahan tanya ada pas ke tak..hahaha. Al maklumnya kena halau ler. Then baru duduk kat tepian jalan tu. Acara majlis bermula dengan nyanyian Negaraku dan lafaz ikrar dan merdeka. Beberapa das tembakan meriam kedengaran. Then baru lah pasukan-pasukan beruniform mulai perbarisan. Mula dari situ, aku tak henti-henti ambil gambar. Apa sahaja yang lalu aku ambil. Hahaha. Atas bawah aku amik.

Pukul 10.00 pagi baru acara tamat. Jumlah aku amik shot 600. Fuyoo giler banyak. Perut pun dah lapar, cakap banyak tak guna, kami pergi ke Maju Junction nak makan nasi goreng seafood. Bayangkan kami berdiri dari pukul 7 pagi sampai pukul 10 pagi...perghhh. Pastu berjalan kaki pulak ke Maju Junction..huhuhuhu. Hebat. Ni lah merdeka. Orang dulu jalan kaki jer nak sambut merdeka. Huhu. Kita pun boleh buat aper.

Lepas makan di Maju Junction, kami singgah sebentar di Sogo, Leen nak beli perfume untuk mak dia. Aku dengan Izal kena bergegas balik Sentul sebab nak pergi ke rumah Untie aku di Cheras..lunch.

Saturday, August 30, 2008

Chill Out

Taman Tasik Perdana (Lake Garden) KL - 30.08.08

Aku,Li dan Izal outting ke Lake Garden. Hajat nak shot gambar. Mula-mula kami ke Taman Rama-Rama tapi dah nak tutup. So kami singgah jap kat tepi jalan sebab ada beberapa ekor monyet yang bertenggek atas pagar. Nak amik shot.

Lepas tu kami parking kat depan Taman Burung. Jalan Kaki ke Taman Orkid. Kami masuk je walaupun taman tu da tutup. Wo wo wo!!! Aku tak boleh tahan la sebab banyak giler nyamuk duk sedut darah aku kat kaki dengan tangan. Nak shot pon terbantut. Dah la kawasan lembab baru pas hujan. Hohoho. Challenge betul. Banyak jugak aku shot kat sana.

Pukul 7 lebih kami bertolak balik. Malam ni nak shot bunga api pulak dari apartment. Huhu..

Malaysia International Fireworks Competition 2008

Putrajaya - 29-08-08

Today is the last day..Australia Leen amik aku kat Sentul dalam kul 7 lebih. Pastu kita orang pergi makan dekat Sup Aiman di Kerinchi. Erin pun join jugak. Kami tunggu dia dia restoran then pastu baru amik Tina kat rumah dia. Pukul 8.30 malam baru bertolak ke Putrajaya melalui KL-Putrajaya. Li dan Izal aku suruh dia orang pergi dulu.
Sampai sana pukul 9.30 malam. Pengunjung penuh. Jem la jugak sebelum dapat parking. Mana tak ramai, cuaca ok tambah pulak cuti hujung minggu esok nya. Huhu.. Tapi nasib baik dapat parking. Kami ingat dah nak start fireworks tu. Alih-alih pukul 10 jugak dia start. Li dan Izal di bahagian port lain..kata nya di bahagian belakang PICC. Aku tak dapat ikut sebab miss communication. Line maxis giler.

Leen,Tina dan Erin teruja dengan persembahan bunga api. Kami bergambar dari sampai hingga la balik. Dah abis persembahan bunga api,kami pergi ke bangunan-bangunan sekitar Putrajaya. Nak ambil gambar. Tapi ada yang da tutup lampunya. Kita orang lepak di hadapan Istana Kehakiman. Lepas tu pergi ke Dataran Putrajaya, ambil gambar masjid. Pukul 12 lebih guard da suruh keluar dari Dataran. Badan pun rasa dah mengantuk, kami terus pulang ke KL. Sampai rumah pukul 2 pagi.

Tuesday, August 26, 2008

Chill Out

Kampung Pandan Kari Kepala Ikan - 26-08-08

Senja tadi aku pergi makan di Kg Pandan Kari Kepala Ikan. Kira gathering kecil la. Aku dengan Leen bertolak dari office dia kul 5.45 petang. Jalan susur ke Kuching jem so aku ikut Jalan Raja Laut. Pun jem lagi gila bab 1. Nak kena amik Bizan pulak dekat dengan office dia jugak. Pukul 7 baru kita orang sampai. Ma dah sampai dulu. Pok Ku pon join,lagi pun dekat jer dengan office dia, Megan Avenue 2. Ayie dan Lan pun ada jugak. Dalam kereta tadi memang da kelaparan. Terus order nasi goreng. Hehe.

Aku dengan Bizan borak pasal camera. Dia dengan bab camera ni tahu la sebab dia pun kaki photographer. So sempat jugak la aku belajar dari dia. Tak lama kami di sana. Pukul 9 lebih kami bersurai sebab masing-masing kena balik awal. Pok Ku dan Bizan kami turunkan mereka di depan KLCC.

Monday, August 25, 2008

Ronda-Ronda Pergi Makan

Naili's Place, Sentul - 25.08.08

Today kite orang tak tahu nak makan di mana. Mula-mula nak makan dekat Azmi Garden, tutup la pulak. So kita orang pergi try di Naili's Place, kat Jalan Dato Senu, Sentul. Dah lama aku nak pergi Naili's ni tapi tak berkesempatan pulak.

Tempat dia menarik. Landscape dia hebat dan corak atur meja dia pun kemas. Lighting pun ok,neon kuning. Romantic ler. Makanan dia dari Western sampai general. Price agak mahal sikit tapi berbaloi dengan keenakan dan kualiti makanan. Aku order lamb chop dan Leen order chicken chop dengan jus tembikai. Lamb chop dia sedap dan lembut. 2 slice. Chicken chop pon ok,best.

Sunday, August 24, 2008

Malaysia International Fireworks Competition 2008

Putrajaya - 24-08-08

Malam ni merupakan malam yang ke-3 ia berlangsung. Ini kali pertama aku ikut Li pergi tengok fireworks ni. Lagi pun nak try camera baru ni. Belum try pakai lagi dah dapat assignment. Huhuhu.. Petang tadi hujan membawa sampai ke malam. Tak pasti ada ke tidak fireworks nih. Kite orang pergi sahaja, mencuba nasib.

Sampai di putrajaya melalu highway baru, KL-Putrajaya yang berharga RM2.50 sehala..hujan rintik-rintik sahaja. Manusia tak berapa ramai la sebab hujan kot. Parking senang nak dapat. Perut pun dah lapar. Kami rembat burger bodo dengan air mineral,alas perut. Lepas tu baru kita orang cari port nak shot gambar. Siap pasang tripod.

Tunggu punya tunggu, fireworks tak timbul-timbul. Hehe. Hujan renyai tetap ada. Kami ingatkan tak jadi dah. Tepat pukul 10 malam, fireworks memecah hening malam dan bercahaya bergemerlapan di kawasan PICC Putrajaya. Ia bermula sahaja, kami terus shot. Kali pertama aku pakai camera ni function-function dia aku tak biasa lagi.

Dalam 15 minit tu, hujan turun dengan tak berapa lebat tapi basah la jugak kita orang. Assignment ditamatkan lebih awal atas keselamatan kelengkapan. Angin pun kuat. Lepas simpan camera, kami hanya menyaksikan sahaja persembahan bunga api tu. Berdua di bawah payung. Ahaks! Habis tu, kita orang terus balik. Ingat nak shot bangunan di Putrajaya tapi hujan tak jugak berhenti. Kami terus balik ke Sentul. Perut lapar, singgah dulu di McD Titiwangsa.

New Toy

Sony Alpha DSLR-A200W - 24-08-08

Today, I bought a new DSLR camera, Sony Alpha A200W at Low Yat Plaza. Included with the versatile SAL1870 all-purpose lens, and the lightweight, compact SAL75300 telephoto zoom lens.

Friday, August 22, 2008

Chill

Tasik Kenyir - 18.08.08

Hari ini,aku ada trip ke Tasik Kenyir. Uncle aku dari Senawang yang ajak pergi ke sana. Katanya nak shot photo. Aku, Li (uncle), denagn 2 orang sepupu aku, Izal dan Maman bertolak dari Kuala Terengganu lebih kurang pukul 6 petang. Sampai di jeti Gawi pukul 7 malam. Uncle aku pun baru sampai masa tu. Kami parking kereta dan terus naik bot yang telah tunggu kami dari awal tadi. Perjalanan ke tempat penginapan hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Kami menginap di Pusat Penginapan Kerajaan, di Pulau Sah. Aktiviti untuk malam pertama tiada. So, kami semua hanya duduk di banglo sahaja..tengok tv dan tidur awal.

Seawal pagi pukul 6.30,aku kejutkan Izal dan Li untuk pergi shot waktu matahari naik atau sunrise. Bergegas dia orang bangun. Kami mengambil masa selama 1 jam keluar dan shot gambar. Balik chalet breakfast pastu kami round satu pulau, dengan berjalan kaki. Jauh jugak la nak buat satu pusingan pulau tu. Nasib baik ada pit stop. Boleh melepaskan lelah sekejap. Banyak gambar kita orang ambil..dari flora sampai fauna kecil-kecil. Yang besar macam gajah harimau tak ada la. Kalu ada memang best. Hahaha. Keluar pukul 9.30 pagi, pukul 12 baru sampai chalet. Penat wo. Tasik dia memang dalam sebab tu kaler hijau. Cantik. Tak berani aku nak duduk dekat dengan tepi tasik tu. Huhu. Balik chalet minum air sejuk banyak-banyak sebab dari tadi dah dahaga. Alangkah nikmatnya dapat meneguk air sejuk masa tu. Kite orang mandi pastu tidur. Pukul 3 petang nak ke Air Terjun pulak
Kami bertolak ke Air Terjun Saok menaiki bot yang telah disediakan oleh pihak penginapan. Perjalanan mengambil masa hanya 5 minit. Dari perbualan dengan pemandu bot tu, semalam hujan lebat, so air dia tak berapa menawan sikit la. Tapi tak apa, budak-budak saje yang mandi. Kami hanya ambil gambar sahaja. Aku tak mandi sebab rasa malas. Lagi pun baju dah tak ada. Tiba-tiba hujan turun dengan tak seberapa lebat tapi kuyup jugak la. Nak balik tak boleh sebab bot yang kami naik tadi tak ada. Janji suruh datang amik tadi pukul 5. Pastu kami call la driver tu suruh datang sekarang. So,sampai chalet dalam kul 5.30 petang macam tu. Basah jugak la. Huhu. Mandi-mandi pastu kami makan malam. Macam biasa,malam tak ada benda nak buat pun. Nak pergi memancing joran pulak tak bawak. Aduh,sangap sey! So, tidur la awal.

Pukul 9 pagi,kami check out chalet. Terus naik bot balik ke Jeti Gawi. Perjalanan pulang,Izal pandu kereta. Sampai di Kuala Berang, kami beli jagung dan rambutan untuk bawa balik rumah. Sampai di Kuala Terengganu dalam kul 11 pagi. Sebelum tu, kami singgah di Pantai Teluk Ketapang, minum air kelapa dengan ikan dan sotong goreng celup tepung. Bestnyer. Pastu pergi cari keropok lekor.

Ini kali ke-dua aku pijak Tasik Kenyir. Pertama kali aku sampai masa time study UiTM dulu dengan rakan-rakan. Kali ini pemergian aku ke Tasik Kenyir hanyalah untuk buat survey sahaja. So, selepas ni boleh la buat trip yang lebih details lagi dengan Chill's group. Hehe.

Wednesday, August 13, 2008

Film

The Dark Night - 13-08-08

Awesome and great great movie!! Love it! From start to the end of movie.. The story line was great. The joker was so evil..superb! The follow-up to the action hit Batman Begins, The Dark Knight reunites director Christopher Nolan and star Christian Bale, who reprises the role of Batman/Bruce Wayne. In the new film, Batman raises the stakes in his war on crime. With the help of Lieutenant Jim Gordon and District Attorney Harvey Dent, Batman sets out to dismantle the remaining criminal organizations that plague the city streets. The partnership proves to be effective, but they soon find themselves prey to a reign of chaos unleashed by a rising criminal mastermind known to the terrified citizens of Gotham as the Joker.
Star: 5/5

Sunday, August 10, 2008

Bestman

Sheeda & Fahril's Wedding - 10.08.08

Pagi ni aku bangun kul 9 pagi sebab malam tadi tido lambat..risau esok nak kena jadi bestman atau pengapit kepada Fahril. Hahaha. Bertolak ke rumah Sheeda kul 1130 pagi. Leen and Faz amik kat Sentul. Sampai sana, Sheeda baru di make-up kan. Fahril tak siap lagi. Pukul 1.15 petang, kami semua gerak ke Dewan Pusat Kominiti Bandar Manjalara. Sampai sana, aku menjalankan tugas ku sebagai pengapit kepada Fahril. Kompang di palu. Pengantin segak berlalu ke arah pelamin di atas pentas. Aku berjalan seiringan tapi belakang sikit la dari pengantin. Duduk kat atas pentas, aku macam terketar sebab segan campur gabra campur malu. Huhu..malu jadi perhatian orang ramai. Memangla bukan aku yang dia orang tengok tapi sebagai pengapit aku kena pastikan Fahril berada dalam keadaan segak dan dijauhi peluh...bukan tu sahaja, kena kipas beb! Itu yang utama. Chewah! Tangan penuh dengan tisu. Nak lap peluh Fahril le kate kan. Tapi nasib baik la dia tak berpeluh. Cool jer. Caya lah. Senang sikit kerja aku. Hahaha. Tetamu tak putus-putus ambil gambar pengantin. Eeee segan lor. Tapi kena maintain gak..senyum. Acara merenjis bunga rampai tak lama..nasib baik. Huhu. Lepas tue, acara bersantap.. Aku pulak kena makan semeja dengan pengantin. Adoiila. Tak apa la..lauk dia pun best jugak. Ada pelayan lagi. Kuikuikui. Tapi makan tak puas la. Kena control makan. Tak besh kan? Ahaks! Lepas potong kek baru la selesai tugas aku nih. Then baru leh jumpa geng yang lain. Leen,Pokku, Tina, Lan, Faz dan Erin. Ma dan Ayie sampai lewat sikit. Macam biasa, edisi bergambar. Tak ada gambar tak ada la korang semua tengok gambar nih kan. Majlis habis pukul 4 petang. Lepas tu kita orang semua lepak dekat Syed Bistro Bangsar. Makan sambil main UNO games. Perlawanan sengit antara Erin dan Faz. Jenuh kami menunggu siapa yang abis dulu. Haha. Faz dan Pokku balik sekali naik train komuter..masing-masing kat Seremban dan Nilai. Sungguh penat dan letih sangat hari ini. Setel semuanya.. tunggu minggu depan pulak bahagian rumah Fahril. Aku lagi ker pengapit? Hahaha..tungguuuuu.

Saturday, August 9, 2008

Film

The Mummy - Tomb of The Dragon - 09.08.08

Finally I watched this movie. I can't miss it!. Me, Leen and Faz. We all together went to Cathy, Cineleisure. This is the sequel of The Mummy and The Mummy Returns. Great story line and good acting by Jet Li. Love Jet Li's kung fu. Cool. So, the story was when Rick O'Connell (Brendan Fraser) is joined in this all-new adventure by son Alex (newcomer Luke Ford), wife Evelyn (Maria Bello) and her brother, Jonathan (John Hannah) to combat the resurrected Qin Emperor (Jet Li) in an epic that races from the catacombs of ancient China high into the frigid Himalayas. This time, the O'Connells must stop a mummy awoken from a 2,000-year-old curse that threatens to plunge the world into his merciless, unending service. Star: 4/5

Friday, August 8, 2008

Wedding of The Year

Sheeda & Fahril - 08-08-08

Aku, Leen dan Faz (karib Leen) bertolak dari Kota Damansara pukul 6.30 petang menuju ke Taman Ehsan, Kepong. Perjalanan ke sana melalui susur keluar dari IKEA ke LDP jem giler bab, sebab ada kemalangan di selekoh sebelum tol Kepong. Sampai di Taman Ehsan lebih kurang 7.30 malam. Lepak dulu dekat warung Adek Manja, sebab Ma dan Ayie minum kat sana. Pekena Nescafe tarik segelas baru kami bertolak ke rumah Sheeda. Tina dan Erin sudah sampai. Kami rasa macam awal jer sebab yang lain belum sampai lagi. Sheeda tengah bersiap lagi dalam bilik,bermake-up. Aktiviti biasa, bergambar. Dari hantaran,pelamin sampai la yang mana ada aku ambil jer gambar. Puak S tiba sejurus selepas itu. Lalalalalalalala....lalalala.. Pukul 9.15 malam, pihak lelaki tiba. Tok Kadi ceramah panjang lebar. Akad nikah dilakukan oleh ayahanda Sheeda sendiri iaitu Encik Mohd Yahaya. Akhirnya.."Aku terimanya nikah Nurulsheeda Binti Mohd Yahaya dengan mas kahwin 80 ringgit tunai"..dengan sekali lafaz, maka terdengarlah ungkapan "Sah". Alhamdullillah..akhirnya Sheeda kini sudah bergelar sebagai seorang isteri. yang sah kepada Fahril. Mereka selamat diijabkabulkan tepat jam 9.50 malam. Selesai akad nikah, kami sentap hidangan yang telah disediakan. Nasi putih lauk ayam goreng, nenas dengan udang masak merah. Perghh meletup! Lapar sangat. Hehehe. Akhir kata..sebagai rakan dan teman, kami mendoakan agar perkahwinan ini kekal dan bahagia sehingga ke akhir hayat. Tahniah!