Update in progress........

Tuesday, September 30, 2008

Boatting

Jeti Pulau Duyong - 30.09.08

Aktiviti di bulan puasa hari ni kami pergi ke Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Bersebelahan dengan Kelab Teluk Warisan. Uncle Mi nak main bot kat Sungai Terengganu ni. Penuh satu Innova. Hehehe.. Sampai kat sana, terjadi la pulak tikaman lidah antara Uncle Mi dengan 'guard' kat situ. Kecoh la guard tu. Dia kata tak boleh main kat sini sebab pihak pengurusan tak benarkan. Well, Uncle Mi pun lawan la cakap dia...dia nak main jugak kat sini. Guard tu pun mengalah. Kasi jugak kita orang main and lepak kat sini. Alih-alih guard tu pun lepak sama ngan kita orang. Ceh.

Nak masukkan angin dalam bot tu pun amik masa la sikit. Pakai pam kaki. So, dah siap..bawak la budak-budak tu naik bot. Ala, situ-situ jer. Penumpang pertama Izal la ngan Nikon D80 dia lagi bawak naik bot. Hahaha. Aku tak naik la, malas la..kalo jauh-jauh nak la jugak. Lagipun masa terhad. Dah petang dah..jap lagi nak berbuka puasa dah. Lain kali lah aku naik. Kita orang banyak amik shot kat jeti tu. Jeti baru. Bot nelayan pun ada park kat sini.

Sunday, September 28, 2008

Balik Kampung For Raya

K.Lumpur to K.Terengganu - 28.09.08

Another 3 days to Raya. Tonight, me and my family are going back kampung at Kuala Terengganu. After many postponments finally! For raya, I didn't buy anything just some cookies from Amway. My uncle went back with his sister the day before, so I am using his car . Me and my family, except my sister and brother in-law, are konvoi from Shah Alam. We drop by at Uptown Shah Alam for a while coz my sister want to buy her watch and I bought a 'butang baju melayu' as well. It's cost about RM14. Have to coz I don't have any butang baju melayu to use.

So,we start our journey at 1 o'clock in the morning. With me, 2 my brother and with my dad is 2 my sister and my mom. On the way, after Karak's highway, I feel so sleepy. Drop by at Petronas station and bought some Nescafe. You know la, they all sleeping while I'm driving. No one to talk with me. Just listening cd's and sing along. The highway is so boring. Straight all the way. Hmmm...

I used to stop at R&R because my eyes can't stand anymore. Get some smoked and get a fresh air to bring back my quality driving. I don't know where is my dad. Could be in front of me. He drove faster than me. I tried to catch them but can't find him. So boring.. i didn't eat for sahur, just drink some water. In Kemaman, I filled some gas about RM30. Earlier, I filled about RM70. Fuyoo! RM100 for one way excluded toll. Haha.

We are arrived in Dungun about 7 am. My mom wanna see her house and her friend. So, I have to wait them in the car. About 9.30 am, I arrived in my kampung. So tired..some more puasa lagi. Take a chit chat for a while and then get a sleep.

Saturday, September 27, 2008

Berbuka Puasa + Reunion

Kedai Kopi 2 - 27.09.08

Berbuka puasa + reunion. Hmmm tajuk lain sket. Sebab tadi aku berbuka puasa dengan classmate aku di UiTM Dungun dulu. Tapi tak ramai la. Yang hadir ialah Zira, Ijat,Juita dan Pak Din,abang Zira dan 3 orang senior kami. Aku sampai lewat sikit sebab tersalah tempat la. Tempat dia kat Kedai Kopi 2. Aku ingatkan kat Kedai Kopi lama..rupa-rupanya ada yang baru berhadapan padang dan sebelah masjid Shah Alam. Hmmm..nama je orang Shah Alam tapi tak tahu tempat tu kat mana. Huhuu.

Lama tak jumpa dan update dengan member lama. Sekali sekala buat reunion ni best jugak. Dapatla aku update sikit pasal semua. Nak roger tak berkesempatan. Hehehe. Juita datang dengan berbadan dua. Katanya due maybe late November..baby boy. Heee. Dia datang dengan suami dia, Pak Din. Pian datang sorang, tak bawak pulak wife dan anak dia. Kita orang makan secara ala carte.

Kami bersurai pukul 8.30 malam. Aku terus ke Kota Damansara nak tengok bola, Manchester United vs Bolton. Leen pun join. kami berdua jer. Man Utd menang dengan jaringan 2-0 hasil jaringan Ronaldo 59'(penalti) dan Rooney 77'.

Friday, September 26, 2008

Berbuka Puasa Edisi Akhir

Chili's Bangsar - 26.09.08

Tadi last minute kita orang plan nak berbuka puasa together kat Chili's. Ingat nak berbuka di Fish & Co. di Bangsar Village, tapi disebabkan Chili's lagi best so kita orang decide ke Chili's. Hehe. Aku dengan Leen sampai awal dalam pukul 5.30 petang. So,kami round dulu,tunggu Tina sampai. Pukul 6 petang, aku dengan Leen masuk Chili's sebab takut tak ada tempat. Bukan ramai pun,kami bertiga saja. Sambil tunggu Tina kami sempat bergambar. 15 minit macam tu Tina pun sampai. Tina pun join sekali bergambar. Tengokla foto sebelah tu, kemain lagi. Hehehe.

Then,kami order. Sebab takut tak sempat dia orang nak siapkan sebelum buka puasa. Aku order lamb shoulder,ra
madhan nyer set dengan soup dan ice-cream. Leen order Chicken...hmm tak ingat la pulak. Huhu. Tina pun aku tak ingat. Ala nama pelik-pelik. Air aku order Mango, Leen dan ina Ice Lemon Tea. Waiter and service dia ok sangat. Nama dia Karna. Bak kata Tina, orang Philiphines..hmmm entahla. Tapi memang bagus pun budak tu amik order. Seperti luar biasa,sebelum berbuka kami sempat la buat ketupat (mengumpat). Hmmm..

Dah habis makan, kami nak blah la kan. Aku keluar dulu. Leen dan Tina sempat lagi say thank you kat budak waiter tu..kemain lagi dia orang ni kan. Ish ish ish. Nak dijadikan cerita, aku keluar dulu tapi pemandangan mata aku tertumpu kat meja reception. Then aku sedar, Tina tarik tangan Leen sambil berlari anak. Tak tau camner berlari anak? Takpe, kalau anak anda sedang berlari atau nampak anak-anak siapa yang sedang berlari..haaa macam tu la. So,Tina dengan gelabahnya bagitau kat kita orang yang dia ternampak seseorang..Tet bukan nama sebenar. Hohoho.. Aku dengan Leen memang tak perasan. Hehehe. Kecoh la sikit suasana keluar dari lorong Chili's tu. Hehe..aku dengan niat nak memastikan adakah betul Tet (bukan nama sebenar) pun pergi la menyepai (spy). Aah la..betul la si Tet..lagi sekali bukan nama sebenar. Hoho. Masin betul mulut si Tina nih. Hehehe..

Monday, September 22, 2008

Berbuka Puasa Edisi ke-2

HR Steak House, Kg Baru - 22.09.08

Hari ni kami berbuka sama di HR Steak House di Kg. Baru. Yang datang dan dijemput hanyalah kami berlima sahaja..aku,Leen,Pokku,Tina dan Erin. Ada lagi seorang tapi tak dapat datang. Biar je lah. Hahaha. Aku dengan Leen sampai lebih kurang pukul 5.30 petang sebab takut jem kat Kg.Baru. Aku booking tempat untuk 6 orang. Pastu aku masuk kereta tidur sementara tunggu Pokku dan yang lain-lain sampai. Pokku dengan Erin sampai kul 6.15 petang. Tina sampai kul 6.45 petang.

Kami makan Chicken Combo, Mixed Combo,Pokku aku tak ingat ape..hmmmm Chicken Chop kot. Tina Combo gak tp tak ingat yang mana. Erin order hotdog apa entah..tapi sian Erin sebab makanan dia lambat sampai. Ni first time kita orang datang sini selain Pokku. Tu sebab la Pokku yang ajak pergi sini. Makanan dia ok,best. Harga pun better than makan kat Sampan.

Siapa yang nak pergi tempat dia di bawah asrama Uni KL, Kg. Baru. Lebih kurang 100 meter after or before masjid Kg.Baru. Check it out!


Kayizhar Abdullah's Facebook profile

Tuesday, September 2, 2008

Berbuka Puasa

Sentul - 02.09.08

Hari ini hari yang ke-dua kita berpuasa. Semalam aku berbuka dengan keluarga di Shah Alam. Untuk hari ini, aku berbuka dengan group aku di Restoran Al'Azmi Garden di Sentul. Yang menghadirkan diri antaranya ialah Li,Leen,Pok Ku,Tina,Ma dan Ayie. Jalan ke sana jem giler. Nasib baik sempat sampai..pukul 6.15 petang. Pok Ku sampai awal di LRT Sentul Timur, sebab dia ada kursus di Pan Pacific. Disebabkan jem, terpaksalah dia berjalan kaki dari stesen ke restoran. Kesian dia. Sorry bro. Ma dan Ayir tiba lewat sedikit.

Kami makan nasi berlauk disebabkan restoran itu tak masak hidangan goreng-goreng masa berbuka puasa. Kami order tomyam campur,telur dadar,kailan ikan masin,daging kunyit dengan udang goreng tepung. Pukul 7.19 malam, azan Maghrib kedengaran. Tibanya waktu berbuka. Masalahnya,makanan yang kami pesan tadi tak sampai lagi..hanya air sahaja yang sampai dari tadi. Orang lain dah menyuap kita melopong jer. Nasib baik Pok Ku bawa bekal dari hotel. Boleh buat pembuka mulut. Thank you bro.

Setelah sudah makan semua, kami open table..hehehe main UNO. Macam biasa la. Huhu. Tapi aku rase dia orang ni main geng la..busuk kaki betul dengan aku. Hahaha.. asyik kenakan aku jer. Ada ke patut 2 round aku tak jalan?..bukan miss one turn dah, 2 turn tu..wo rugi wo. Nasib baik aku menang on first game. Last game, tinggal aku berdua dengan Leen. Dia di bantu oleh Ayie, kira mentor la tu. Aku alone jer. Tapi memang mendebarkan lah. Strategi babe. Nasib baik menang dengan Leen walau pun orang lain yang menang game tu. hahaha..best best! Then kami balik ke pangkal jalan lepas berjudi UNO. Pokku pulang ke Nilai. Yang lain-lain, Cheras, Kerinchi dan Kota Damansara.