Update in progress........

Tuesday, September 2, 2008

Berbuka Puasa

Sentul - 02.09.08

Hari ini hari yang ke-dua kita berpuasa. Semalam aku berbuka dengan keluarga di Shah Alam. Untuk hari ini, aku berbuka dengan group aku di Restoran Al'Azmi Garden di Sentul. Yang menghadirkan diri antaranya ialah Li,Leen,Pok Ku,Tina,Ma dan Ayie. Jalan ke sana jem giler. Nasib baik sempat sampai..pukul 6.15 petang. Pok Ku sampai awal di LRT Sentul Timur, sebab dia ada kursus di Pan Pacific. Disebabkan jem, terpaksalah dia berjalan kaki dari stesen ke restoran. Kesian dia. Sorry bro. Ma dan Ayir tiba lewat sedikit.

Kami makan nasi berlauk disebabkan restoran itu tak masak hidangan goreng-goreng masa berbuka puasa. Kami order tomyam campur,telur dadar,kailan ikan masin,daging kunyit dengan udang goreng tepung. Pukul 7.19 malam, azan Maghrib kedengaran. Tibanya waktu berbuka. Masalahnya,makanan yang kami pesan tadi tak sampai lagi..hanya air sahaja yang sampai dari tadi. Orang lain dah menyuap kita melopong jer. Nasib baik Pok Ku bawa bekal dari hotel. Boleh buat pembuka mulut. Thank you bro.

Setelah sudah makan semua, kami open table..hehehe main UNO. Macam biasa la. Huhu. Tapi aku rase dia orang ni main geng la..busuk kaki betul dengan aku. Hahaha.. asyik kenakan aku jer. Ada ke patut 2 round aku tak jalan?..bukan miss one turn dah, 2 turn tu..wo rugi wo. Nasib baik aku menang on first game. Last game, tinggal aku berdua dengan Leen. Dia di bantu oleh Ayie, kira mentor la tu. Aku alone jer. Tapi memang mendebarkan lah. Strategi babe. Nasib baik menang dengan Leen walau pun orang lain yang menang game tu. hahaha..best best! Then kami balik ke pangkal jalan lepas berjudi UNO. Pokku pulang ke Nilai. Yang lain-lain, Cheras, Kerinchi dan Kota Damansara.

No comments: