Update in progress........

Tuesday, September 30, 2008

Boatting

Jeti Pulau Duyong - 30.09.08

Aktiviti di bulan puasa hari ni kami pergi ke Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Bersebelahan dengan Kelab Teluk Warisan. Uncle Mi nak main bot kat Sungai Terengganu ni. Penuh satu Innova. Hehehe.. Sampai kat sana, terjadi la pulak tikaman lidah antara Uncle Mi dengan 'guard' kat situ. Kecoh la guard tu. Dia kata tak boleh main kat sini sebab pihak pengurusan tak benarkan. Well, Uncle Mi pun lawan la cakap dia...dia nak main jugak kat sini. Guard tu pun mengalah. Kasi jugak kita orang main and lepak kat sini. Alih-alih guard tu pun lepak sama ngan kita orang. Ceh.

Nak masukkan angin dalam bot tu pun amik masa la sikit. Pakai pam kaki. So, dah siap..bawak la budak-budak tu naik bot. Ala, situ-situ jer. Penumpang pertama Izal la ngan Nikon D80 dia lagi bawak naik bot. Hahaha. Aku tak naik la, malas la..kalo jauh-jauh nak la jugak. Lagipun masa terhad. Dah petang dah..jap lagi nak berbuka puasa dah. Lain kali lah aku naik. Kita orang banyak amik shot kat jeti tu. Jeti baru. Bot nelayan pun ada park kat sini.

No comments: