Update in progress........

Tuesday, July 29, 2008

New Branch

Pelita, Shah Alam - 29.07.08

Finally, Restoran Nasi Kandar Pelita telah pun dibuka cawangannya di Shah Alam pada 14 July baru-baru ni. Terletak di bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9. Pagi tadi aku dengan Leen breakfast kat Pelita. Sebelum ni memang aku dah tahu akan dibuka di Shah Alam tapi tak pasti la pulak bila. Alih-alih da ada. New look. Besar dan luas. So, member-member ku semua...nanti kita pergi serbu ok? Waiter-waiter kat sana macam pernah tengok dan kenal. Hmmm patut la, ada beberapa pekerja dari Pelita Bangsar telah ditukarkan ke sini. Ada screen projector lagi. Nak tengok match bola nanti boleh la kita lepak kat sini. Aku dengar sempena hari pembukaan cawangan hari tu, lebih kurang 5000 orang pengunjung ke Pelita Shah Alam sebab nak makan free. Fuyoo!! Hebats! Makan free siapa tak nak kan? Lagi-lagi time inflation nih. Huhu..

Tuesday, July 22, 2008

Medical

Chiropractic Centre - 22.07.08

Tadi pukul 3.45 petang, aku teman Leen pergi jumpa chiropractor di Chiropractic Centre, Tan Sri Datuk Paduka Saleha Complementary Health Care Centre, bersebelahan dengan Hotel Crystal Crown PJ. Kesakitan bahagian belakang Leen kembali sakit setelah dia berlari anak dekat office tadi. Lagi pun, kesakitan tu belum pulih sepenuhnya lagi. Aku dengan Leen pernah datang sini. Cik Sha yang perkenalkan pada kami tempat ini. Leen pun pernah dapatkan rawatan kat sini, dia sakit bahu. Dulu Dr. Edward Flores Badua (Philiphines) yang rawat tapi sekarang dia dah tak ada..bertukar ke TTDI. Yang rawat Leen tadi Dr. Han Yoon Jeng dari South Korea. Dia memang khas untuk sakit belakang nih. Siapa yang sakit belakang,terseliuh atau apa-apa lah boleh la datang sini ok. Nak tahu lebih lanjut lawati web ini.... http://www.naturalcomponents.com.my

Film

Journey to the Centre of the Earth (3D) - 22.07.08

Movie lagi? Hehe.. Biasala, banyak movie best sekarang ni kat cinema. Tadi aku dengan Leen tengok dekat GSC Mid Valley. Show pukul 5.10 pm. Kami dari Chiropractic,PJ terus pergi ke Mid Valley. Nasib baik sempat beli tiket. Harga tiket untuk 3D mahal sikit, RM17 seorang. Ada surcharge RM5. Untuk 3D glasses la kot. Before masuk hall dia bagi glasses, tapi bukan dapat terus pun, kena bagi balik after movie. Cheh! Movie dia ok,best, Pakai 3D glasses macam benda tu betul-betul terkeluar dan terkena kat kita. Hebat! Ekspidisi dia pun boleh tahan. Overall, movie ni seronok bila kita tengok dengan 3D glasses. Rating: 3.5/5

Monday, July 21, 2008

Ronda-Ronda Pergi Makan

Fish & Co, Bangsar Village - 21.07.08
Tadi aku bawak Leen dinner dekat Fish & Co. di Bangsar Village. Aku tahu tempat ni pun sebab Kak Midah yang bawak aku last week. Nanti aku bagitau alamat dia ok. Kami sampai dalam pukul 730 malam. Aku order 'The Best Fish & Chips in Town'.. fried, topped with lemon butter & served with chips. Fuyoo!! Pastu aku order 'Fried Calamari'..all time favorite! Juicy tender squid rings. Betul-betul ho-liao! Hehehe. Air aku minum 'Pink Passion'..campuran buah..sedap! Ok, Leen pulak order 'Sweet & Sour Fish' – Dory fish fried & topped with sweet & sour sauce and rice. Yang ini pun best jugak. Huhu.. Price reasonable. Service ok! Favorite aku 'Fried Calamari'. Tapi yang hebatnya, makan dalam 'pan' . So,siapa yang nak try Fish & Co. boleh pergi ke web ni, ada address dia ok. http://fish-co.com/loc_malayisa.htm atau http://www.fish-co.com/.

Chill

Hutan Simpan Kekal Angsi, Kuala Pilah - 20.07.08

Pagi ini aku bangun agak awal la jugak, pukul 8 sten. (8.30 pagi). Huhu. Sarapan Mee Hon Goreng dengan keropok keping. Uish, favorite nih. Dan secawan air kopi Starbucks d.i.y. Pukul 9.30 pagi terus gerak ke Gunung Angsi, tempat pendaratan semalam (19.07.08). Cuaca baik. Aku pakai selipar jer nak masuk hutan. Salah faham, aku tak tahu datang sini nak masuk hutan...lack of information by Li. Huhu. Tapi tak apalah, redah sahaja. Lagi senang nak redah sungai. Hehe.

Perjalanan agak mencabar. Banyak tunggul dan akar-akar kayu. Tanah lembab sebab hujan semalam. Agak licin di beberapa tempat. Bahaya kepada bot-bot kecil. Ops! Hehe. Kami cari spot dan angel view yang cantik untuk Li shot gambar. Banyak la jugak spot yang kami berhenti. Kami hanya ikut denai-denai yang pernah dilalui orang sebelum ini. Lagi pun terdapat 2 batang paip yang menyalurkan air sungai dari empangan kecil di atas. Jadi, kami ikut sahaja. Kami tak dapat naik lagi ke atas sebab pihak pengurusan hutan tidak benarkan sesiapa naik lebih ke atas dan dipagarkan dengan pita. So, sampai sini sahaja jungle tracking kami. Tapi jauh jugak la.

On the way back, kami terserempak dengan seorang pakcik ni dan anak dia yang tengah kait buah petai. Ayah nya di bawah tunggu buah petai digelongsorkan pada tali yang dipegang. Anak dia tu ha, tinggi giler atas pokok tengah kait buah petai. Fuyyo! Hebat la. Pakcik ni dah 40 tahun experience. Hutan ni dia da terror. Katanya, dekat atas Gunug Angsi ni ada sebauh rumah tinggalan dulu yang telah di bom oleh tentera Komunis. Agak-agak tinggal dinding jer. Tapi nak sampai sana memakan masa 4 jam. Kata pakcik tu. Ish,jauh tu. Berborak dengan 'orang lamo' ni seronok dengan pra-sejarah dia. Lagipun dia ni bekas ashkar (askar). Hmmm patutla. Kuikuikui.

Kami keluar dari hutan pukul 12.00 tengahari. Balik terus bungkus nasi briyani kat Senawang. Makan-makan, lepas tu tengok gambar-gambar yang Li ambil tadi. Kami makan buah rambutan,manggis yang untie ina bawak dari rumah mak dia. Then, before balik..kami pekena beberapa ulas buah durian. Fuh! Penuh perut nih. Lama dah tak makan buah durian ni. Manis giler. Best! Pukul 2.00 petang kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan sedikit buah tangan yang bernama buah rambutan dan buah manggis. Hehehe.

Saturday, July 19, 2008

Chill

Ulu Bendul, Kuala Pilah - 19.07.08

Pukul 11.30 pagi, aku dengan Li bertolak dari Sentul ke Senawang. Perjalanan sejauh 60km mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Kami tiba di Lavender Heights, rumah my uncle pukul 1.30 petang. Then lunch dengan nasi berlauk ikan pari bakar, udang bakar, ikan merah bakar. Perghhh!! Sedap siut! Dengan air pegaga. First time aku rasa..boleh tahanla. Bukan jus tau tapi real punya pegaga di blend then perah sikit dengan limau kasturi. Kenyang perut senang hati. Lepas tu, pekena pula dengan expresso original buatan sendiri. Biji kopi diblend, pastu letak dalam coffee maker (beli dari eBay.com) dan letak atas dapur. This is how Starbucks taste.

Pukul 4.00 petang, kami bertolak ke Kuala Pilah. Tetapi sebelum itu kami isi NGV di Petronas. Sebab, kereta my uncle ini menggunakan tangki NGV. Ini lah kali pertama aku tengok macam mana pengisian gas NGV ini dilakukan. RM10 sahaja untuk full tank. Boleh digunakan pergi dan balik dari Senawang dan Kuala Lumpur. Jimat giler kan?
Perjalanan ke Ulu Bendul mendaki bukit, simpang-siur. Tak lah jauh sangat, about 20 minutes. Kami masuk ikut jalan yang lain, bukan ikut Air Terjun Ulu Bendul. Baru 15 minit teroka air terjun tu, hujan turun dengan lebat. Cuaca tadi memangla mendung tapi tak sangka hujan akan turun. So, kami berpatah balik ke kereta. Drive terus ke arah Kuala Pilah. Kami berhenti di Perkampungan Budaya Terachi terletak berhadapan simpang ke Istana Sri Menanti. Perkampungan ini under construction sebab tu kosong tak ada orang. Then kami terus bertolak pulang.

On the way, kami berhenti di gerai buah. Kami beli dragon fruit atau nama saintifik dia 'Epiphytes' atau dikenali sebagai Pitaya atau buah naga. 3kg for RM10. Ok la tu kan, banyak jugak. Saiz nya macam epal, warna merah diluar dan dalam warna macam ungu dan biji berbintik hitam. Kata sumber yang dipercayai, yang kecil manis lagi berbanding yang besar yang rasa lebih pahit sikit.
Bajet balik hari, tapi hajat tergendala dek hujan kena over night kat sini..esok pagi pergi lagi. Dinner makan menu sama lunch tadi. Sebab masak lebih. Hehe.. Pencuci mulut..pitaya @ buah naga yang beli tadi. Layan pulak cerekerama tv3 sampai jam 12. Then tidur la. Zzzzz..

Friday, July 18, 2008

Film

Hellboy II : The Golden Army

I watched movies in 2 days straight. Oh my God! Yesterday Wanted and today Hellboy. Fuh! Well you know, now there is are lot of movies in our cinema. And I don't want to miss it.

In this sequel to "Hellboy", an ancient pact existing between humankind and the mythical realm is broken. A ruthless leader treads the world above and the one below defies his bloodline by awakening an unstoppable army of creatures. Joined by members of his team from the Bureau for Paranormal Research and Development, Hellboy must travel between the surface strata and the magical realm to prevent the resurrection of a mythical "golden army" and save humankind once again. Stars: 4.5/5

Thursday, July 17, 2008

Film

Wanted - 17.07.08

Finally I watched the movie. It was good actions, dramatic and suspends till the end of story but one and two actions are too over. Clearly unacceptable scenes whereby the car drove by AJ fetch up Wesley into the car just like that. But totally awesome movie! Good job Timur Bekmambetov.
The story was about the guy named Wesley Gibson (James McAvoy) finds out that his long lost father is an assassin. When his father is murdered, Wesley is recruited into his father's organization and trained by a man named Sloan (Morgan Freeman) to follow in his dad's footsteps.
Stars: 4.5/5

Video Exclusive

Salang, Pulau Tioman

Wednesday, July 16, 2008

Birthday

Ma @ Ain's Birthday - 16.07.08

Happy Birthday Ma! Me and Leen celebrated Ma's birthday in advanced. Actually on 17th which is tomorrow. Ma is Leen's best friend since secondary school. Anyway, we celebrate at Old Town White Coffee in Taman Melati. Ma came with her husband, Ayie (looks like Roslan Aziz).. We chat and laughed. Leen gave a house warming gift to Ma and Ayie. Because they moved to a new house 3 weeks ago. After that we drop by at their house in Cheras.

Tuesday, July 15, 2008

Birthday

Pok Ku's Birthday - 15.07.08

Kami dari warga Chill Out Private Club mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun ke-26 kepada Engku Zulkifli @ Pok Ku. Happy Birthday bro! Semoga dimurahkan rezeki, bahagia dan hidup lebih chill lagi. Huhuhu..Kami sambut birthday Pok Ku di Secret Recipe, Mid Valley Megamall. Yang ada hanya aku, Leen, Tina dan birthday boy..Pok Ku. Yang lain tidak dapat hadir bersama sebab ada hal masing-masing. Kami bagi kad ucapan yang cantik gitu kat Pok Ku. Sambil makan-makan,kami bermain UNO game. Hehehe.. Sorry bro..cuba lagi ok? And we talked about our next vacation too. Lalalalalalala.... Owh! Happy Birthday to Sheeda juga. Birthday Sheeda sama dengan Pok Ku. But we can't celebrate Sheeda's birthday because she is now in Bangi..government internships.

Friday, July 11, 2008

Hikayat Sengal

Ali, Budin & Ciko
Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg niat nak tarbiyah depa ni.Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.Si Ali pun berkata, 'Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan' .
Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,'Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...' Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula.Terselah kejahilan Ali.Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. 'Tok,tok duduk katbelakang,biar saya jadi imam.' Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. 'Allahu akbar!' Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, 'Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!'Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus kedepan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Cikoniii...Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,'He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee...'Tok imam pun terkedu & terpana...

Monday, July 7, 2008

Salam Tioman Part III (Finale)

Day 3 - 07.07.08

Hari ini merupakan hari yang terakhir kami di Pulau Tioman. Rasa sekejap sahaja masa berlalu. Belum puas lagi menikmati pemandangan indah dan damai di sini. Kami mulakan hari dengan pergi bersnorkel seawal pagi lagi. Breakfast miss sebab nak qada' sekali dengan lunch selepas check-out tengahari nanti. Air masih di tahap surut. Pok Ku bersnorkel dulu. Aku, Lan, Tina dan Lie menyusul kemudian. Leen tak join. Aku bawa bersama Mamee yang terakhir untuk diberi pada ikan-ikan. Belum sampai tengah lagi ikan-ikan dah berkerumun, agaknya ternampak plastik color kuning ni. Yerla, semalam ikan-ikan ni dah disuapkan dengan Mamee jugak. Waktu pagi ni, ikan memang banyak..mungkin time dia cari makan kot. Tak kisah lah. Kami terus bersnorkel ke arah platform di mana Pok Ku sudah tercegat tunggu kami di sana.
Masa aku nak sampai dekat platform tu, aku terserempak dengan ikan todak. Naik cemas jugak aku. Tina kata ada ikan todak lalu depan dia tadi. Pastu ada kat belakang aku. Nasib baik aku tak berpaling. Kami duduk di platform tak lama, sebab kena balik chalet awal, nak packing. Pukul 12 tengahari kami kena check-out. On the way ke darat, kami terserempak dengan ikan kalap lagi. Hala, yang besar kepala macam ikan flower horn tu la. Tiga ekor dowh. Bapak,mak dan anak. Bukan di air dalam tapi dah nak sampai tepi pantai dah. Kami follow jer ikan tu. Bertuah Lan, sebab semalam dia tak jumpa dengan ikan ini. Tercapai dan termakbul jugak la dia nak tengok ikan tu yang diperkatakan sejak dari Kuala Lumpur lagi. Hmm..bertuah Lan. Kami naik ke darat pukul 10.40 pagi. Terasa tak puas lagi tapi nak buat macam mana kan?
Masuk chalet terus mandi dan packing bag. Biskut Tiger yang kami bawa kena kebas dek monyet. Haha kelakar. Mesti monyet tu bertukar jadi Harimau atau dapat kekuatan seperti harimau dalam hutan tu nanti. Tak apa la, rezeki dia. Pukul 11.15 pagi kami dah siap. Ada pulak sesi bergambar di depan chalet, kenangan tau. Kami terus bergerak ke Salang Pusaka Restaurant untuk brunch. On the way tu kami pulangkan kembali snorkel dan life jacket yang di sewa. Kami makan semua menu yang sama iaitu Salang Special Fried Rice. Kecuali Tina dan Erin jer makan Mee Bandung. Oh, macam kebiasaan la, UNO game. Aku dengan Lan main Chess. Pastu kami main daun terup pulak. Lama jugak kami lepak kat sini sebab nak tunggu feri sampai pukul 3.30 petang.
Pukul 2.oo petang kami berangkat ke jeti. Dah tak tahu nak pergi mana lagi. Feri sudah sampai tapi tak dibenarkan naik lagi. Kata nya pukul 4.30 petang baru bergerak. Kami ada 2 jam lagi untuk tunggu. Fuhh!! Ini angkara pakcik kat jeti Mersing la ni pandai-pandai cakap feri pukul 3.30 petang. Nah, amik ubat. Apa lagi, sesi bergambar la. Dari atas sampai ke tangga jeti ber-posing. Tak tahu macam mana nak buang masa. Kami sedekahkan biskut crackers vegiterian pada ikan-ikan. Dengan harapan nak amik gambar ikan dari jeti. Bagi sekeping, bersusun-susun yang datang. Besar kecil pun sambar. Seronok tengok ikan-ikan ni berebut makanan.
Yang ada kamera, tak lekang duk ambil gambar ikan-ikan tu makan. Cuaca panas boleh tahan jugak. Aku dengan Tina pergi ke kedai beli barang yang dipesan..air dengan ice-cream. Sementara masuk ke kedai tu, kami berfoya-foya ke Balai Polis Salang. Entah lah, sepertimana kata kawan Lan pada Tina dan Tina mengatakan pada aku yang Balai Polis ni unik. Apa yang unik nya, kami mecari jawaban sendiri. Jauh jugak la nak ke sana. Tanya-tanya orang sampai jugak kami. Hmmm..apa yang unik nyer. Rumah cam biasa tapi Balai Polis. Color biru putih. Tertulis Balai Polis Terbuka. Ada basikal. Itu jer la. Pukul 4.30 petang seperti yang di war-warkan tadi, kami naik ke feri. Kami duduk di bahagian atas..open air gitu, senang nak bergambar. Sebelum sampai ke Tekek, kami kena turun dan duduk di bahagian bawah dulu sebab takut Jabatan Laut nampak penumpang duduk di atas tanpa life jacket. After Tekek, kami naik semula. Aku ada rasa pening sikit la. Pejam mata sekejap lepas tu ok la. Ada masa tu, Pok Ku dengan Li kena percikan air laut dek belahan ombak oleh feri. Tapi tak ada la lenjun..kan Pok Ku kan? Hahaha. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami sampai pukul 6.30 petang. Sebelum parking ke Jeti Mersing kami di atas kena turun dahulu. Sebab seperti diperkatakan tadi. Pok Ku awal lagi dah duduk bawah. Dah tertidur dah pun. Kami terkejut apabila terdengar Leen menjeri di tangga. Leen terjatuh dari tangga. Hentakannya kuat jugak la. Kesian dia, tak ada pun yang tolong dia bangun. Aku risau takut dia terseliuh atau patah apa-apa. Keluar feri terhencut-hencut. Harap tak ada apa-apa la. Kami terus ke kereta masukkan bag sebelum ke kedai untuk membeli sedikit sourveniour untuk dibawa pulang. Pukul 7.15 petang kami bergerak memulakan perjalan pulang. Aku yang drive. Jalan Mersing-Kluang-Ayer Hitam mengambil masa 2 jam (105km) sebab banyak lori, jalan double line. Kami keluar dari tol Ayer Hitam pukul 9.15 malam dan berhenti makan di R&R Pagoh pukul 10.00 malam (65km). Pertukaran pemandu dilakukan. Lan ambil alih. Kami sambung perjalanan dari Pagoh pukul 10.45 malam. Kami berhenti di Nilai turunkan Pok Ku di rumahnya. Sampai di Nilai pukul 12 tengahmalam. Kami teruskan perjalanan dan akhirnya sampai di Kerinchi pukul 12.35 pagi. Perjalanan sejauh 338km selama 5 jam. Alhamdulillah..selamat sampai. - TAMAT-

Sunday, July 6, 2008

Salam Tioman Part II

Day 2 - 06.07.08

Hmmuahhh!! Segar nyer udara di sini. Pagi ni aku bangun lewat sikit, pukul 8.30 pagi. Leen,Pok Ku dan Tina bangun awal. Masa aku bangun, Tina dengan Pok Ku tengah main layang-layang yang tak naik-naik pun. Hahaha.. Mana tak naiknya, ekor tak ada. Tapi ada jugak la usaha Pok Ku tu berlari-lari nak naikkan layang-layang tue..Hehehe.

Bangun-bangun jer,aku terus tukar baju dan bawak life jacket dengan snorkel. Li tak bangkit lagi..tengah guling-guling atas katil lagi. Aku sound dia ajak pergi snorkeling sekali. Mahu jer dia tue. Huhu. Lan dan Erin tak bangun lagi.

Tapi sebelum itu, kami breakfast dulu kat tempat biasa, Salang Pusaka Restaurant. Aku tak breakfast sebab nak lunch skali nanti selepas snorkeling nanti. Sambil kami ber-breakfast, kami ber-lima main UNO game. Yang kurang tahu permainan ini, kami ajar bersama. Lan breakfast kat Salang Sayang, sebab dia call Pok Ku nak tanya kat mana tapi Pok Ku tak angkat phone. Dia breakfast sorang-sorang jer.

Pukul 11 pagi, kami semua pergi snorkeling. Matahari agak-agak terik la jugak tapi ok lagi. Sapu sunblock banyak-banyak. Kali ini, Lan join sekali. Tapi Li tak join. Dia pergi ambil gambar. Kami bersnorkel ke arah tebing batu,dengan harapan dapat bertemu lagi Ikan Kalap semalam. Jauh jugak la kami berenang. Sampai kat tebing, kami panjat duduk atas batu..hilangkan penat sekejap.

Lepas tu, kami bersnorkel kembali ke arah platform. Tak lama sangat lepak dekat platform tu sebab panas. So,kami terus snorkel ke darat. Tanpa disedari, jam dah pukul 1.30 ptg. Erin dan Li hilang entah kemana. Yang lain mandi siapkan diri untuk pergi lunch. Sementara tu kami main old maid. Tak lama tu, Li dengan Erin balik. Patutla, mereka pergi jungle tracking ke Monkey Bay.

Semua sudah siap, kami teruskan perjalanan untuk mengisi perut ke Salang Pusaka Restaurant lagi. Al-maklumla, makanan dekat sini sedap-sedap. Kali ini,masing-masing order berlainan. Lan order Special Salang Fried Rice (see picture)..yang bezanya ada seketul drumstick goreng. Yang lain, ada yang order Mee Hailam...perghh terbaik, Mushroom Fried Rice pun ok. Aku order Kampung Fried Rice.

Macam biasa, berjudi tetap ada setiap kali kami makan. Kali ini Lan mengajar main Poker dan Black Jack 21. UNO pun kami main jugak. Hehe..Seronok! Lebih kurang 1 jam setengah kami duduk di restaurant tu. Pukul 4 baru kami bersurai.

Kami lepak sekejap kat tepi pantai di bawah pokok kelapa. Sempat lagi berjudi. Aku pinjam daun terup dengan akak restaurant tadi. Li dah terjun laut da. Aku tunggu yan
g
lain tak ready lagi. Then, kita orang ber-lima pergi bersnorkel. Kali ni, kami bawa roti dengan mamee, sebagai makanan untuk ikan-ikan. Baru lah ikan-ikan datang dekat kita. Huhu.. Air time ni sudah surut sikit..tak best sangat. Ikan banyak yang datang sebab waktu petang time dia cari makanan. Kami snorkel ke platform lagi.

Tina ada masalah dengan kamera Olympus dia, masuk air sebab terbuka penutup bateri dia. So, dia naik darat awal-awal. Ingat nak tengok matahari terbenam dari platform ni tapi kamera pulak tak ada. Kami snorkel kembali ke darat. Nak amik kamera capture sunset. Nasib baik sempat. Cantik sangat view sunset dari Tioman ni.

Waktu ini juga kami bermain bola tampar pantai. Aku, Lan, Pok Ku, Tina, Leen dan Erin. Mula-mula kami guna bola yang Pok Ku bawak tue, pastu ada kazen tu dari Norway bagi kami pinjam bola tampar yang sebenar kepada kami. Apa lagi, kami berjuang habis-habisan la.
Kami main dalam setengah jam. Lepas tu kami berendam semula sebab pasir banyak melekat kat badan main volleyball tadi. Naik, mandi semula, bersiap untuk dinner malam terkahir di Tioman ini.

Kami ber-dinner dekat Salang Sayang Restaurant. Saja nak rasa makanan dia pulak. Jemu jugak asyik-asyik Salang Pusaka aja kan. Aku order Sea Food Fried Rice, Leen order Beef Fried Rice. Sempat jugak kami berjudi. Yerla, nak tunggu makanan tu sampai bukan sekejap. Askar ramai yang nak makan. Lan siap order dua kali..berselera sungguh dia makan.

Lebih kurang sejam makan kat situ, kami beredar ke tepi pantai. Pok Ku bawak air bed Tina, nak baring tepi pantai tengok bintang-bintang. Ahaks! Hmmm..bulan cerah,bintang banyak. Cantik. Beransur tengah malam, kami duduk beramai berborak-borak, bernyanyi, main ping pang pow. Aku tidur kejap kat bawah pokok sebab mengantuk sangat. Lepas tu aku join dia orang balik.

Kali ni edisi luah-meluahkan perasaan masing-masing. Setiap seorang bertanyakan soalan kepada kami. Dan jawaban yang tulus dan jujur. Lama jugak la edisi ini. Lan masuk second half jer sebab dia pergi outstation kejap. Guruh pulak berbunyi. Macam nak hujan. Angin pun kuat. So, kami balik ke chalet masing-masing. Kita sambung esok. Esok episod terakhir Salam Tioman.

Saturday, July 5, 2008

Salam Tioman Part I

Day 1 - 05.07.08

Hellow! Salam Tioman ini merupakan coretan khas kami semua yang telah pergi ke Pulau Tioman pada 5hb ke 7hb Julai 2008. Yes! Tarikh keramat yang kami nantikan selama ini telah sampai ke penghujungnya. Excited giler! Huhuhu.. Just 7 of us...Me,Leen,Lan,Li (my uncle),Tina,Pokku & Erin.

Kami bertolak dari Tol Sg.Besi menuju ke arah Selatan pada pukul 11.45mlm. Perjalanan dari Sg. Besi to Ayer Hitam sejauh 232km (Sumber: Plus). Pada pukul 12.30pagi, kami berhenti di R&R Nilai untuk mengambil Pok Ku. Sementara meunggu Pok Ku, kami minum secawan kopi,hilangkan mengantuk. Kami meneruskan perjalanan. Memandangkan kami semua belum makan malam lagi, kami berhenti makan di R&R Seremban pada pukul 12.40pagi.

After supper, kami isi minyak NAZA di Shell, lebih kurang 35 liter @ RM95. Kami isi half tank sahaja sebab ada half tank lagi sebelum kami mulakan perjalanan tadi. Then we continue the journey to Ayer Hitam. Dalam kereta, kami menyanyi bersama. Oh,lupa..Lan drive dari Sg.Besi,Li co pilot,belakang driver Tina & Erin. Belakang sekali aku,Leen & Pokku.

Kami berhen
ti sekali lagi di hentian R&R Pagoh pada pukul 2.40pagi. Minum coffee dengan smoke. Buat hilang rasa mengantuk driver,Lan. Kami lepak lebih kurang setengah jam. Sampai di Tol Ayer Hitam pada pukul 4 pagi. Pertukaran pemandu dilakukan. Aku ambil alih sebab jalan Kluang ke Mersing pernah aku drive sebelum ini. Memang jalan sini gelap sikit. Akan melalui felda. Lan pulak jadi co pilot. Perjalanan ini sejauh 100km lagi..lebih kurang 1 jam lebih la. Pemanduan agak mencabar, banyak selekoh-selekoh yang tajam, gelap dan berkabus di setengah-setengah tempat. Akhirnya kami sampai di Jeti Mersing pada pukul 6.00pagi.

Feri pertama pada pukul 6.30pagi. Pok Ku selaku Tresurer belikan tiket-tiket feri, pergi dan balik. RM70 seorang..kami beli yang Bluewater Ferry sebab itu sahaja yang ada. Kami naik feri yang kedua pukul 7.00pagi sebab yang pertama hanya untuk Tekek. Ingat nak duduk bahagian atas tapi Jabatan Laut tidak benarkan mana-mana penumpang duduk di bahagian atas. Dalam feri,kami semua tidur.

Kami tiba di Jeti Salang pada pukul 9.30pagi setelah berada di dalam feri selama 2 jam. Masing-masing mula keluarkan kamera untuk mengamibil gambar. Kami terus ke tempat penginapan kami di Salang Sayang Resort.

Nak check-in tapi awal lagi sebab chalet ada yang tak siap kemas lagi. Perut lapar,so kami breakfast dulu di Salang Sayang Retaurant dulu. Semua makan Set American Breakfast. Hmm..sedap! (see picture)
After breakfast, kami semua check-in chalet masing-masing. Me & Li, Leen,Tina & Erin, and Lan & Pok Ku. We changed the clothes and rent the snorkeling equipment. Tak sabar nak snorkeling. Geram sangat dengan air yang jernih tu. Kami berlima sahaja yang pergi snorkeling tepi pantai. Lan tidur and Erin tak boleh mandi (sakit perempuan). Hehehe. So,Erin jaga beg jer la. Panas terik matahari pun kami redah jugak. Lotion sunblock dah taruk harap ok la sikit kan. Aku dengan Leen pakai life jacket..kemahiran dan keyakinan berenang di laut dalam ni kurang sikit.

Apa yang kami lihat di dasar laut was so amazing. The coral was so beautiful. Kami ada mengambil gambar di dalam laut guna kamera underwater Tina yang berjenama Olympus, kaler biru. Hehehe.(see picture) Kami berenang hingga ke platform..about 200 meter from the beach. Kemudian kami berenang lagi ke arah tebing batu. Di situ kami terlihat 3 ekor ikan kalap..memang besar saiz nya. Kepala ikan itu seperti ikan flower horn. Takut pun ada sebab besar. Aku ngan Leen asyik menjerit jer bila kami nampak ikan-ikan yang cantik dan besar. Hahaha. Yang peliknya dalam air pun boleh menjerit lagi..hahaha.

Tanpa kami sedari, sudah 2 jam kami bersnorkel. Panas terik memang tak ingat. Naik ke darat kulit masing-masing gelap walaupun kami menyapu sunblock di awal tadi. Tapi memang seronok. Heaven sangat! Fuhh! Puas! Perut dah lapar. Apa lagi, kami bersiap untuk pergi lunch di Salang Pusaka Restaurant. Untuk pengetahuan semua, restaurant ini telah di anugerahkan plague Jalan-Jalan Cari Makan oleh TV3. Bermaksud,makanan di sini memang sedap.

Di sebelah merupakan salah satu makanan yang kami makan. Nemo Fried Rice. Rasa memang sedap. Harga RM6.00. Standard price di Tioman. Sambil itu, adik-beradik,Pok Ku dan Erin bermain chess. Tak ada yang menang..masing-masing seri. Oh, kami berkenalan dengan seekor lizard bernama Optimus Prime dan seekor anak kucing yang bewarna pink, Decepticons.

Lepas makan,kami berkunjung ke kedai-kedai. Tina dah balik awal ke bilik sebab tak tahan mengantuk.Tengok mata semua kuyu jer nak tido. Penat bersnorkel la kata kan. Malam tadi pun bukan nya tidur sangat pun. Kami pun balik ke chalet masing-masing. Lan masih tidur lagi. Dalam bilik panas jugak. Kipas sahaja yang ada. Tak kisah la, kami tidur aje. Sedar tak sedar sudah pukul 7 malam. Pukul 8.30 mlm, kami makan malam sekali lagi di Salang Pusaka Restaurant. Lama jugak kami lepak di retaurant ni. Kali ini, Lan dan Erin pulak yang berlawan catur. Lepas makan lebih kurang pukul 10.30 mlm, kami berjalan-jalan di jeti dan lepak di tepi pantai. Aku,Pok Ku, Tina dan Lan bermain bola dan bola tampar. Pas tu kita orang main old maid dan happy family. Hehehe.. Pukul 2 pagi kami masuk tidur sebab esok nak bangun awal..nak pergi snorkel lagi. Jumpa lagi esok!