Update in progress........

Saturday, July 5, 2008

Salam Tioman Part I

Day 1 - 05.07.08

Hellow! Salam Tioman ini merupakan coretan khas kami semua yang telah pergi ke Pulau Tioman pada 5hb ke 7hb Julai 2008. Yes! Tarikh keramat yang kami nantikan selama ini telah sampai ke penghujungnya. Excited giler! Huhuhu.. Just 7 of us...Me,Leen,Lan,Li (my uncle),Tina,Pokku & Erin.

Kami bertolak dari Tol Sg.Besi menuju ke arah Selatan pada pukul 11.45mlm. Perjalanan dari Sg. Besi to Ayer Hitam sejauh 232km (Sumber: Plus). Pada pukul 12.30pagi, kami berhenti di R&R Nilai untuk mengambil Pok Ku. Sementara meunggu Pok Ku, kami minum secawan kopi,hilangkan mengantuk. Kami meneruskan perjalanan. Memandangkan kami semua belum makan malam lagi, kami berhenti makan di R&R Seremban pada pukul 12.40pagi.

After supper, kami isi minyak NAZA di Shell, lebih kurang 35 liter @ RM95. Kami isi half tank sahaja sebab ada half tank lagi sebelum kami mulakan perjalanan tadi. Then we continue the journey to Ayer Hitam. Dalam kereta, kami menyanyi bersama. Oh,lupa..Lan drive dari Sg.Besi,Li co pilot,belakang driver Tina & Erin. Belakang sekali aku,Leen & Pokku.

Kami berhen
ti sekali lagi di hentian R&R Pagoh pada pukul 2.40pagi. Minum coffee dengan smoke. Buat hilang rasa mengantuk driver,Lan. Kami lepak lebih kurang setengah jam. Sampai di Tol Ayer Hitam pada pukul 4 pagi. Pertukaran pemandu dilakukan. Aku ambil alih sebab jalan Kluang ke Mersing pernah aku drive sebelum ini. Memang jalan sini gelap sikit. Akan melalui felda. Lan pulak jadi co pilot. Perjalanan ini sejauh 100km lagi..lebih kurang 1 jam lebih la. Pemanduan agak mencabar, banyak selekoh-selekoh yang tajam, gelap dan berkabus di setengah-setengah tempat. Akhirnya kami sampai di Jeti Mersing pada pukul 6.00pagi.

Feri pertama pada pukul 6.30pagi. Pok Ku selaku Tresurer belikan tiket-tiket feri, pergi dan balik. RM70 seorang..kami beli yang Bluewater Ferry sebab itu sahaja yang ada. Kami naik feri yang kedua pukul 7.00pagi sebab yang pertama hanya untuk Tekek. Ingat nak duduk bahagian atas tapi Jabatan Laut tidak benarkan mana-mana penumpang duduk di bahagian atas. Dalam feri,kami semua tidur.

Kami tiba di Jeti Salang pada pukul 9.30pagi setelah berada di dalam feri selama 2 jam. Masing-masing mula keluarkan kamera untuk mengamibil gambar. Kami terus ke tempat penginapan kami di Salang Sayang Resort.

Nak check-in tapi awal lagi sebab chalet ada yang tak siap kemas lagi. Perut lapar,so kami breakfast dulu di Salang Sayang Retaurant dulu. Semua makan Set American Breakfast. Hmm..sedap! (see picture)
After breakfast, kami semua check-in chalet masing-masing. Me & Li, Leen,Tina & Erin, and Lan & Pok Ku. We changed the clothes and rent the snorkeling equipment. Tak sabar nak snorkeling. Geram sangat dengan air yang jernih tu. Kami berlima sahaja yang pergi snorkeling tepi pantai. Lan tidur and Erin tak boleh mandi (sakit perempuan). Hehehe. So,Erin jaga beg jer la. Panas terik matahari pun kami redah jugak. Lotion sunblock dah taruk harap ok la sikit kan. Aku dengan Leen pakai life jacket..kemahiran dan keyakinan berenang di laut dalam ni kurang sikit.

Apa yang kami lihat di dasar laut was so amazing. The coral was so beautiful. Kami ada mengambil gambar di dalam laut guna kamera underwater Tina yang berjenama Olympus, kaler biru. Hehehe.(see picture) Kami berenang hingga ke platform..about 200 meter from the beach. Kemudian kami berenang lagi ke arah tebing batu. Di situ kami terlihat 3 ekor ikan kalap..memang besar saiz nya. Kepala ikan itu seperti ikan flower horn. Takut pun ada sebab besar. Aku ngan Leen asyik menjerit jer bila kami nampak ikan-ikan yang cantik dan besar. Hahaha. Yang peliknya dalam air pun boleh menjerit lagi..hahaha.

Tanpa kami sedari, sudah 2 jam kami bersnorkel. Panas terik memang tak ingat. Naik ke darat kulit masing-masing gelap walaupun kami menyapu sunblock di awal tadi. Tapi memang seronok. Heaven sangat! Fuhh! Puas! Perut dah lapar. Apa lagi, kami bersiap untuk pergi lunch di Salang Pusaka Restaurant. Untuk pengetahuan semua, restaurant ini telah di anugerahkan plague Jalan-Jalan Cari Makan oleh TV3. Bermaksud,makanan di sini memang sedap.

Di sebelah merupakan salah satu makanan yang kami makan. Nemo Fried Rice. Rasa memang sedap. Harga RM6.00. Standard price di Tioman. Sambil itu, adik-beradik,Pok Ku dan Erin bermain chess. Tak ada yang menang..masing-masing seri. Oh, kami berkenalan dengan seekor lizard bernama Optimus Prime dan seekor anak kucing yang bewarna pink, Decepticons.

Lepas makan,kami berkunjung ke kedai-kedai. Tina dah balik awal ke bilik sebab tak tahan mengantuk.Tengok mata semua kuyu jer nak tido. Penat bersnorkel la kata kan. Malam tadi pun bukan nya tidur sangat pun. Kami pun balik ke chalet masing-masing. Lan masih tidur lagi. Dalam bilik panas jugak. Kipas sahaja yang ada. Tak kisah la, kami tidur aje. Sedar tak sedar sudah pukul 7 malam. Pukul 8.30 mlm, kami makan malam sekali lagi di Salang Pusaka Restaurant. Lama jugak kami lepak di retaurant ni. Kali ini, Lan dan Erin pulak yang berlawan catur. Lepas makan lebih kurang pukul 10.30 mlm, kami berjalan-jalan di jeti dan lepak di tepi pantai. Aku,Pok Ku, Tina dan Lan bermain bola dan bola tampar. Pas tu kita orang main old maid dan happy family. Hehehe.. Pukul 2 pagi kami masuk tidur sebab esok nak bangun awal..nak pergi snorkel lagi. Jumpa lagi esok!

No comments: