Update in progress........

Saturday, July 19, 2008

Chill

Ulu Bendul, Kuala Pilah - 19.07.08

Pukul 11.30 pagi, aku dengan Li bertolak dari Sentul ke Senawang. Perjalanan sejauh 60km mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Kami tiba di Lavender Heights, rumah my uncle pukul 1.30 petang. Then lunch dengan nasi berlauk ikan pari bakar, udang bakar, ikan merah bakar. Perghhh!! Sedap siut! Dengan air pegaga. First time aku rasa..boleh tahanla. Bukan jus tau tapi real punya pegaga di blend then perah sikit dengan limau kasturi. Kenyang perut senang hati. Lepas tu, pekena pula dengan expresso original buatan sendiri. Biji kopi diblend, pastu letak dalam coffee maker (beli dari eBay.com) dan letak atas dapur. This is how Starbucks taste.

Pukul 4.00 petang, kami bertolak ke Kuala Pilah. Tetapi sebelum itu kami isi NGV di Petronas. Sebab, kereta my uncle ini menggunakan tangki NGV. Ini lah kali pertama aku tengok macam mana pengisian gas NGV ini dilakukan. RM10 sahaja untuk full tank. Boleh digunakan pergi dan balik dari Senawang dan Kuala Lumpur. Jimat giler kan?
Perjalanan ke Ulu Bendul mendaki bukit, simpang-siur. Tak lah jauh sangat, about 20 minutes. Kami masuk ikut jalan yang lain, bukan ikut Air Terjun Ulu Bendul. Baru 15 minit teroka air terjun tu, hujan turun dengan lebat. Cuaca tadi memangla mendung tapi tak sangka hujan akan turun. So, kami berpatah balik ke kereta. Drive terus ke arah Kuala Pilah. Kami berhenti di Perkampungan Budaya Terachi terletak berhadapan simpang ke Istana Sri Menanti. Perkampungan ini under construction sebab tu kosong tak ada orang. Then kami terus bertolak pulang.

On the way, kami berhenti di gerai buah. Kami beli dragon fruit atau nama saintifik dia 'Epiphytes' atau dikenali sebagai Pitaya atau buah naga. 3kg for RM10. Ok la tu kan, banyak jugak. Saiz nya macam epal, warna merah diluar dan dalam warna macam ungu dan biji berbintik hitam. Kata sumber yang dipercayai, yang kecil manis lagi berbanding yang besar yang rasa lebih pahit sikit.
Bajet balik hari, tapi hajat tergendala dek hujan kena over night kat sini..esok pagi pergi lagi. Dinner makan menu sama lunch tadi. Sebab masak lebih. Hehe.. Pencuci mulut..pitaya @ buah naga yang beli tadi. Layan pulak cerekerama tv3 sampai jam 12. Then tidur la. Zzzzz..

No comments: