Update in progress........

Monday, July 7, 2008

Salam Tioman Part III (Finale)

Day 3 - 07.07.08

Hari ini merupakan hari yang terakhir kami di Pulau Tioman. Rasa sekejap sahaja masa berlalu. Belum puas lagi menikmati pemandangan indah dan damai di sini. Kami mulakan hari dengan pergi bersnorkel seawal pagi lagi. Breakfast miss sebab nak qada' sekali dengan lunch selepas check-out tengahari nanti. Air masih di tahap surut. Pok Ku bersnorkel dulu. Aku, Lan, Tina dan Lie menyusul kemudian. Leen tak join. Aku bawa bersama Mamee yang terakhir untuk diberi pada ikan-ikan. Belum sampai tengah lagi ikan-ikan dah berkerumun, agaknya ternampak plastik color kuning ni. Yerla, semalam ikan-ikan ni dah disuapkan dengan Mamee jugak. Waktu pagi ni, ikan memang banyak..mungkin time dia cari makan kot. Tak kisah lah. Kami terus bersnorkel ke arah platform di mana Pok Ku sudah tercegat tunggu kami di sana.
Masa aku nak sampai dekat platform tu, aku terserempak dengan ikan todak. Naik cemas jugak aku. Tina kata ada ikan todak lalu depan dia tadi. Pastu ada kat belakang aku. Nasib baik aku tak berpaling. Kami duduk di platform tak lama, sebab kena balik chalet awal, nak packing. Pukul 12 tengahari kami kena check-out. On the way ke darat, kami terserempak dengan ikan kalap lagi. Hala, yang besar kepala macam ikan flower horn tu la. Tiga ekor dowh. Bapak,mak dan anak. Bukan di air dalam tapi dah nak sampai tepi pantai dah. Kami follow jer ikan tu. Bertuah Lan, sebab semalam dia tak jumpa dengan ikan ini. Tercapai dan termakbul jugak la dia nak tengok ikan tu yang diperkatakan sejak dari Kuala Lumpur lagi. Hmm..bertuah Lan. Kami naik ke darat pukul 10.40 pagi. Terasa tak puas lagi tapi nak buat macam mana kan?
Masuk chalet terus mandi dan packing bag. Biskut Tiger yang kami bawa kena kebas dek monyet. Haha kelakar. Mesti monyet tu bertukar jadi Harimau atau dapat kekuatan seperti harimau dalam hutan tu nanti. Tak apa la, rezeki dia. Pukul 11.15 pagi kami dah siap. Ada pulak sesi bergambar di depan chalet, kenangan tau. Kami terus bergerak ke Salang Pusaka Restaurant untuk brunch. On the way tu kami pulangkan kembali snorkel dan life jacket yang di sewa. Kami makan semua menu yang sama iaitu Salang Special Fried Rice. Kecuali Tina dan Erin jer makan Mee Bandung. Oh, macam kebiasaan la, UNO game. Aku dengan Lan main Chess. Pastu kami main daun terup pulak. Lama jugak kami lepak kat sini sebab nak tunggu feri sampai pukul 3.30 petang.
Pukul 2.oo petang kami berangkat ke jeti. Dah tak tahu nak pergi mana lagi. Feri sudah sampai tapi tak dibenarkan naik lagi. Kata nya pukul 4.30 petang baru bergerak. Kami ada 2 jam lagi untuk tunggu. Fuhh!! Ini angkara pakcik kat jeti Mersing la ni pandai-pandai cakap feri pukul 3.30 petang. Nah, amik ubat. Apa lagi, sesi bergambar la. Dari atas sampai ke tangga jeti ber-posing. Tak tahu macam mana nak buang masa. Kami sedekahkan biskut crackers vegiterian pada ikan-ikan. Dengan harapan nak amik gambar ikan dari jeti. Bagi sekeping, bersusun-susun yang datang. Besar kecil pun sambar. Seronok tengok ikan-ikan ni berebut makanan.
Yang ada kamera, tak lekang duk ambil gambar ikan-ikan tu makan. Cuaca panas boleh tahan jugak. Aku dengan Tina pergi ke kedai beli barang yang dipesan..air dengan ice-cream. Sementara masuk ke kedai tu, kami berfoya-foya ke Balai Polis Salang. Entah lah, sepertimana kata kawan Lan pada Tina dan Tina mengatakan pada aku yang Balai Polis ni unik. Apa yang unik nya, kami mecari jawaban sendiri. Jauh jugak la nak ke sana. Tanya-tanya orang sampai jugak kami. Hmmm..apa yang unik nyer. Rumah cam biasa tapi Balai Polis. Color biru putih. Tertulis Balai Polis Terbuka. Ada basikal. Itu jer la. Pukul 4.30 petang seperti yang di war-warkan tadi, kami naik ke feri. Kami duduk di bahagian atas..open air gitu, senang nak bergambar. Sebelum sampai ke Tekek, kami kena turun dan duduk di bahagian bawah dulu sebab takut Jabatan Laut nampak penumpang duduk di atas tanpa life jacket. After Tekek, kami naik semula. Aku ada rasa pening sikit la. Pejam mata sekejap lepas tu ok la. Ada masa tu, Pok Ku dengan Li kena percikan air laut dek belahan ombak oleh feri. Tapi tak ada la lenjun..kan Pok Ku kan? Hahaha. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami sampai pukul 6.30 petang. Sebelum parking ke Jeti Mersing kami di atas kena turun dahulu. Sebab seperti diperkatakan tadi. Pok Ku awal lagi dah duduk bawah. Dah tertidur dah pun. Kami terkejut apabila terdengar Leen menjeri di tangga. Leen terjatuh dari tangga. Hentakannya kuat jugak la. Kesian dia, tak ada pun yang tolong dia bangun. Aku risau takut dia terseliuh atau patah apa-apa. Keluar feri terhencut-hencut. Harap tak ada apa-apa la. Kami terus ke kereta masukkan bag sebelum ke kedai untuk membeli sedikit sourveniour untuk dibawa pulang. Pukul 7.15 petang kami bergerak memulakan perjalan pulang. Aku yang drive. Jalan Mersing-Kluang-Ayer Hitam mengambil masa 2 jam (105km) sebab banyak lori, jalan double line. Kami keluar dari tol Ayer Hitam pukul 9.15 malam dan berhenti makan di R&R Pagoh pukul 10.00 malam (65km). Pertukaran pemandu dilakukan. Lan ambil alih. Kami sambung perjalanan dari Pagoh pukul 10.45 malam. Kami berhenti di Nilai turunkan Pok Ku di rumahnya. Sampai di Nilai pukul 12 tengahmalam. Kami teruskan perjalanan dan akhirnya sampai di Kerinchi pukul 12.35 pagi. Perjalanan sejauh 338km selama 5 jam. Alhamdulillah..selamat sampai. - TAMAT-

1 comment:

Anonymous said...

woit.....