Update in progress........

Monday, July 21, 2008

Chill

Hutan Simpan Kekal Angsi, Kuala Pilah - 20.07.08

Pagi ini aku bangun agak awal la jugak, pukul 8 sten. (8.30 pagi). Huhu. Sarapan Mee Hon Goreng dengan keropok keping. Uish, favorite nih. Dan secawan air kopi Starbucks d.i.y. Pukul 9.30 pagi terus gerak ke Gunung Angsi, tempat pendaratan semalam (19.07.08). Cuaca baik. Aku pakai selipar jer nak masuk hutan. Salah faham, aku tak tahu datang sini nak masuk hutan...lack of information by Li. Huhu. Tapi tak apalah, redah sahaja. Lagi senang nak redah sungai. Hehe.

Perjalanan agak mencabar. Banyak tunggul dan akar-akar kayu. Tanah lembab sebab hujan semalam. Agak licin di beberapa tempat. Bahaya kepada bot-bot kecil. Ops! Hehe. Kami cari spot dan angel view yang cantik untuk Li shot gambar. Banyak la jugak spot yang kami berhenti. Kami hanya ikut denai-denai yang pernah dilalui orang sebelum ini. Lagi pun terdapat 2 batang paip yang menyalurkan air sungai dari empangan kecil di atas. Jadi, kami ikut sahaja. Kami tak dapat naik lagi ke atas sebab pihak pengurusan hutan tidak benarkan sesiapa naik lebih ke atas dan dipagarkan dengan pita. So, sampai sini sahaja jungle tracking kami. Tapi jauh jugak la.

On the way back, kami terserempak dengan seorang pakcik ni dan anak dia yang tengah kait buah petai. Ayah nya di bawah tunggu buah petai digelongsorkan pada tali yang dipegang. Anak dia tu ha, tinggi giler atas pokok tengah kait buah petai. Fuyyo! Hebat la. Pakcik ni dah 40 tahun experience. Hutan ni dia da terror. Katanya, dekat atas Gunug Angsi ni ada sebauh rumah tinggalan dulu yang telah di bom oleh tentera Komunis. Agak-agak tinggal dinding jer. Tapi nak sampai sana memakan masa 4 jam. Kata pakcik tu. Ish,jauh tu. Berborak dengan 'orang lamo' ni seronok dengan pra-sejarah dia. Lagipun dia ni bekas ashkar (askar). Hmmm patutla. Kuikuikui.

Kami keluar dari hutan pukul 12.00 tengahari. Balik terus bungkus nasi briyani kat Senawang. Makan-makan, lepas tu tengok gambar-gambar yang Li ambil tadi. Kami makan buah rambutan,manggis yang untie ina bawak dari rumah mak dia. Then, before balik..kami pekena beberapa ulas buah durian. Fuh! Penuh perut nih. Lama dah tak makan buah durian ni. Manis giler. Best! Pukul 2.00 petang kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan sedikit buah tangan yang bernama buah rambutan dan buah manggis. Hehehe.

No comments: