Update in progress........

Sunday, July 6, 2008

Salam Tioman Part II

Day 2 - 06.07.08

Hmmuahhh!! Segar nyer udara di sini. Pagi ni aku bangun lewat sikit, pukul 8.30 pagi. Leen,Pok Ku dan Tina bangun awal. Masa aku bangun, Tina dengan Pok Ku tengah main layang-layang yang tak naik-naik pun. Hahaha.. Mana tak naiknya, ekor tak ada. Tapi ada jugak la usaha Pok Ku tu berlari-lari nak naikkan layang-layang tue..Hehehe.

Bangun-bangun jer,aku terus tukar baju dan bawak life jacket dengan snorkel. Li tak bangkit lagi..tengah guling-guling atas katil lagi. Aku sound dia ajak pergi snorkeling sekali. Mahu jer dia tue. Huhu. Lan dan Erin tak bangun lagi.

Tapi sebelum itu, kami breakfast dulu kat tempat biasa, Salang Pusaka Restaurant. Aku tak breakfast sebab nak lunch skali nanti selepas snorkeling nanti. Sambil kami ber-breakfast, kami ber-lima main UNO game. Yang kurang tahu permainan ini, kami ajar bersama. Lan breakfast kat Salang Sayang, sebab dia call Pok Ku nak tanya kat mana tapi Pok Ku tak angkat phone. Dia breakfast sorang-sorang jer.

Pukul 11 pagi, kami semua pergi snorkeling. Matahari agak-agak terik la jugak tapi ok lagi. Sapu sunblock banyak-banyak. Kali ini, Lan join sekali. Tapi Li tak join. Dia pergi ambil gambar. Kami bersnorkel ke arah tebing batu,dengan harapan dapat bertemu lagi Ikan Kalap semalam. Jauh jugak la kami berenang. Sampai kat tebing, kami panjat duduk atas batu..hilangkan penat sekejap.

Lepas tu, kami bersnorkel kembali ke arah platform. Tak lama sangat lepak dekat platform tu sebab panas. So,kami terus snorkel ke darat. Tanpa disedari, jam dah pukul 1.30 ptg. Erin dan Li hilang entah kemana. Yang lain mandi siapkan diri untuk pergi lunch. Sementara tu kami main old maid. Tak lama tu, Li dengan Erin balik. Patutla, mereka pergi jungle tracking ke Monkey Bay.

Semua sudah siap, kami teruskan perjalanan untuk mengisi perut ke Salang Pusaka Restaurant lagi. Al-maklumla, makanan dekat sini sedap-sedap. Kali ini,masing-masing order berlainan. Lan order Special Salang Fried Rice (see picture)..yang bezanya ada seketul drumstick goreng. Yang lain, ada yang order Mee Hailam...perghh terbaik, Mushroom Fried Rice pun ok. Aku order Kampung Fried Rice.

Macam biasa, berjudi tetap ada setiap kali kami makan. Kali ini Lan mengajar main Poker dan Black Jack 21. UNO pun kami main jugak. Hehe..Seronok! Lebih kurang 1 jam setengah kami duduk di restaurant tu. Pukul 4 baru kami bersurai.

Kami lepak sekejap kat tepi pantai di bawah pokok kelapa. Sempat lagi berjudi. Aku pinjam daun terup dengan akak restaurant tadi. Li dah terjun laut da. Aku tunggu yan
g
lain tak ready lagi. Then, kita orang ber-lima pergi bersnorkel. Kali ni, kami bawa roti dengan mamee, sebagai makanan untuk ikan-ikan. Baru lah ikan-ikan datang dekat kita. Huhu.. Air time ni sudah surut sikit..tak best sangat. Ikan banyak yang datang sebab waktu petang time dia cari makanan. Kami snorkel ke platform lagi.

Tina ada masalah dengan kamera Olympus dia, masuk air sebab terbuka penutup bateri dia. So, dia naik darat awal-awal. Ingat nak tengok matahari terbenam dari platform ni tapi kamera pulak tak ada. Kami snorkel kembali ke darat. Nak amik kamera capture sunset. Nasib baik sempat. Cantik sangat view sunset dari Tioman ni.

Waktu ini juga kami bermain bola tampar pantai. Aku, Lan, Pok Ku, Tina, Leen dan Erin. Mula-mula kami guna bola yang Pok Ku bawak tue, pastu ada kazen tu dari Norway bagi kami pinjam bola tampar yang sebenar kepada kami. Apa lagi, kami berjuang habis-habisan la.
Kami main dalam setengah jam. Lepas tu kami berendam semula sebab pasir banyak melekat kat badan main volleyball tadi. Naik, mandi semula, bersiap untuk dinner malam terkahir di Tioman ini.

Kami ber-dinner dekat Salang Sayang Restaurant. Saja nak rasa makanan dia pulak. Jemu jugak asyik-asyik Salang Pusaka aja kan. Aku order Sea Food Fried Rice, Leen order Beef Fried Rice. Sempat jugak kami berjudi. Yerla, nak tunggu makanan tu sampai bukan sekejap. Askar ramai yang nak makan. Lan siap order dua kali..berselera sungguh dia makan.

Lebih kurang sejam makan kat situ, kami beredar ke tepi pantai. Pok Ku bawak air bed Tina, nak baring tepi pantai tengok bintang-bintang. Ahaks! Hmmm..bulan cerah,bintang banyak. Cantik. Beransur tengah malam, kami duduk beramai berborak-borak, bernyanyi, main ping pang pow. Aku tidur kejap kat bawah pokok sebab mengantuk sangat. Lepas tu aku join dia orang balik.

Kali ni edisi luah-meluahkan perasaan masing-masing. Setiap seorang bertanyakan soalan kepada kami. Dan jawaban yang tulus dan jujur. Lama jugak la edisi ini. Lan masuk second half jer sebab dia pergi outstation kejap. Guruh pulak berbunyi. Macam nak hujan. Angin pun kuat. So, kami balik ke chalet masing-masing. Kita sambung esok. Esok episod terakhir Salam Tioman.

No comments: