Update in progress........

Sunday, August 31, 2008

Chill Out

Dataran Merdeka - 31-08-08

Sempena menyambut Hari Merdeka ke-51, aku, Leen dan Izal pergi ke Dataran Merdeka. Kami bangun awal, 6.30 pagi da bangun. Naik LRT-Star dari Sentul Timur turun di Masjid Jamek. Ingatkan pukul 6.30 pagi dah awal da..tapi ada lagi yang lebih awal. Huhu. Sampai sana,ingat nak makan dulu kat McD tapi tak buka lagi..huhu. terpaksalah ikat perut. Sepatutnya Tina join sama, tapi dari tadi call tak angkat-angkat. Line maxis pun macam apa entah. Langsung tak ada coverage, pada hal di ibu kota KL ok. Sengal.

Kami berdiri belakang penonton di tepian jalan. Semua tempat dah penuh. Huhu. Kalau tahu penuh, pukul 6 pagi dah ada kat sana dah. Huhu.. Mula-mula kami curi masuk kat bahagian reporter, tapi polis tahan tanya ada pas ke tak..hahaha. Al maklumnya kena halau ler. Then baru duduk kat tepian jalan tu. Acara majlis bermula dengan nyanyian Negaraku dan lafaz ikrar dan merdeka. Beberapa das tembakan meriam kedengaran. Then baru lah pasukan-pasukan beruniform mulai perbarisan. Mula dari situ, aku tak henti-henti ambil gambar. Apa sahaja yang lalu aku ambil. Hahaha. Atas bawah aku amik.

Pukul 10.00 pagi baru acara tamat. Jumlah aku amik shot 600. Fuyoo giler banyak. Perut pun dah lapar, cakap banyak tak guna, kami pergi ke Maju Junction nak makan nasi goreng seafood. Bayangkan kami berdiri dari pukul 7 pagi sampai pukul 10 pagi...perghhh. Pastu berjalan kaki pulak ke Maju Junction..huhuhuhu. Hebat. Ni lah merdeka. Orang dulu jalan kaki jer nak sambut merdeka. Huhu. Kita pun boleh buat aper.

Lepas makan di Maju Junction, kami singgah sebentar di Sogo, Leen nak beli perfume untuk mak dia. Aku dengan Izal kena bergegas balik Sentul sebab nak pergi ke rumah Untie aku di Cheras..lunch.

No comments: