Update in progress........

Friday, August 22, 2008

Chill

Tasik Kenyir - 18.08.08

Hari ini,aku ada trip ke Tasik Kenyir. Uncle aku dari Senawang yang ajak pergi ke sana. Katanya nak shot photo. Aku, Li (uncle), denagn 2 orang sepupu aku, Izal dan Maman bertolak dari Kuala Terengganu lebih kurang pukul 6 petang. Sampai di jeti Gawi pukul 7 malam. Uncle aku pun baru sampai masa tu. Kami parking kereta dan terus naik bot yang telah tunggu kami dari awal tadi. Perjalanan ke tempat penginapan hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Kami menginap di Pusat Penginapan Kerajaan, di Pulau Sah. Aktiviti untuk malam pertama tiada. So, kami semua hanya duduk di banglo sahaja..tengok tv dan tidur awal.

Seawal pagi pukul 6.30,aku kejutkan Izal dan Li untuk pergi shot waktu matahari naik atau sunrise. Bergegas dia orang bangun. Kami mengambil masa selama 1 jam keluar dan shot gambar. Balik chalet breakfast pastu kami round satu pulau, dengan berjalan kaki. Jauh jugak la nak buat satu pusingan pulau tu. Nasib baik ada pit stop. Boleh melepaskan lelah sekejap. Banyak gambar kita orang ambil..dari flora sampai fauna kecil-kecil. Yang besar macam gajah harimau tak ada la. Kalu ada memang best. Hahaha. Keluar pukul 9.30 pagi, pukul 12 baru sampai chalet. Penat wo. Tasik dia memang dalam sebab tu kaler hijau. Cantik. Tak berani aku nak duduk dekat dengan tepi tasik tu. Huhu. Balik chalet minum air sejuk banyak-banyak sebab dari tadi dah dahaga. Alangkah nikmatnya dapat meneguk air sejuk masa tu. Kite orang mandi pastu tidur. Pukul 3 petang nak ke Air Terjun pulak
Kami bertolak ke Air Terjun Saok menaiki bot yang telah disediakan oleh pihak penginapan. Perjalanan mengambil masa hanya 5 minit. Dari perbualan dengan pemandu bot tu, semalam hujan lebat, so air dia tak berapa menawan sikit la. Tapi tak apa, budak-budak saje yang mandi. Kami hanya ambil gambar sahaja. Aku tak mandi sebab rasa malas. Lagi pun baju dah tak ada. Tiba-tiba hujan turun dengan tak seberapa lebat tapi kuyup jugak la. Nak balik tak boleh sebab bot yang kami naik tadi tak ada. Janji suruh datang amik tadi pukul 5. Pastu kami call la driver tu suruh datang sekarang. So,sampai chalet dalam kul 5.30 petang macam tu. Basah jugak la. Huhu. Mandi-mandi pastu kami makan malam. Macam biasa,malam tak ada benda nak buat pun. Nak pergi memancing joran pulak tak bawak. Aduh,sangap sey! So, tidur la awal.

Pukul 9 pagi,kami check out chalet. Terus naik bot balik ke Jeti Gawi. Perjalanan pulang,Izal pandu kereta. Sampai di Kuala Berang, kami beli jagung dan rambutan untuk bawa balik rumah. Sampai di Kuala Terengganu dalam kul 11 pagi. Sebelum tu, kami singgah di Pantai Teluk Ketapang, minum air kelapa dengan ikan dan sotong goreng celup tepung. Bestnyer. Pastu pergi cari keropok lekor.

Ini kali ke-dua aku pijak Tasik Kenyir. Pertama kali aku sampai masa time study UiTM dulu dengan rakan-rakan. Kali ini pemergian aku ke Tasik Kenyir hanyalah untuk buat survey sahaja. So, selepas ni boleh la buat trip yang lebih details lagi dengan Chill's group. Hehe.

No comments: