Update in progress........

Sunday, August 24, 2008

Malaysia International Fireworks Competition 2008

Putrajaya - 24-08-08

Malam ni merupakan malam yang ke-3 ia berlangsung. Ini kali pertama aku ikut Li pergi tengok fireworks ni. Lagi pun nak try camera baru ni. Belum try pakai lagi dah dapat assignment. Huhuhu.. Petang tadi hujan membawa sampai ke malam. Tak pasti ada ke tidak fireworks nih. Kite orang pergi sahaja, mencuba nasib.

Sampai di putrajaya melalu highway baru, KL-Putrajaya yang berharga RM2.50 sehala..hujan rintik-rintik sahaja. Manusia tak berapa ramai la sebab hujan kot. Parking senang nak dapat. Perut pun dah lapar. Kami rembat burger bodo dengan air mineral,alas perut. Lepas tu baru kita orang cari port nak shot gambar. Siap pasang tripod.

Tunggu punya tunggu, fireworks tak timbul-timbul. Hehe. Hujan renyai tetap ada. Kami ingatkan tak jadi dah. Tepat pukul 10 malam, fireworks memecah hening malam dan bercahaya bergemerlapan di kawasan PICC Putrajaya. Ia bermula sahaja, kami terus shot. Kali pertama aku pakai camera ni function-function dia aku tak biasa lagi.

Dalam 15 minit tu, hujan turun dengan tak berapa lebat tapi basah la jugak kita orang. Assignment ditamatkan lebih awal atas keselamatan kelengkapan. Angin pun kuat. Lepas simpan camera, kami hanya menyaksikan sahaja persembahan bunga api tu. Berdua di bawah payung. Ahaks! Habis tu, kita orang terus balik. Ingat nak shot bangunan di Putrajaya tapi hujan tak jugak berhenti. Kami terus balik ke Sentul. Perut lapar, singgah dulu di McD Titiwangsa.

No comments: