Update in progress........

Friday, August 8, 2008

Wedding of The Year

Sheeda & Fahril - 08-08-08

Aku, Leen dan Faz (karib Leen) bertolak dari Kota Damansara pukul 6.30 petang menuju ke Taman Ehsan, Kepong. Perjalanan ke sana melalui susur keluar dari IKEA ke LDP jem giler bab, sebab ada kemalangan di selekoh sebelum tol Kepong. Sampai di Taman Ehsan lebih kurang 7.30 malam. Lepak dulu dekat warung Adek Manja, sebab Ma dan Ayie minum kat sana. Pekena Nescafe tarik segelas baru kami bertolak ke rumah Sheeda. Tina dan Erin sudah sampai. Kami rasa macam awal jer sebab yang lain belum sampai lagi. Sheeda tengah bersiap lagi dalam bilik,bermake-up. Aktiviti biasa, bergambar. Dari hantaran,pelamin sampai la yang mana ada aku ambil jer gambar. Puak S tiba sejurus selepas itu. Lalalalalalalala....lalalala.. Pukul 9.15 malam, pihak lelaki tiba. Tok Kadi ceramah panjang lebar. Akad nikah dilakukan oleh ayahanda Sheeda sendiri iaitu Encik Mohd Yahaya. Akhirnya.."Aku terimanya nikah Nurulsheeda Binti Mohd Yahaya dengan mas kahwin 80 ringgit tunai"..dengan sekali lafaz, maka terdengarlah ungkapan "Sah". Alhamdullillah..akhirnya Sheeda kini sudah bergelar sebagai seorang isteri. yang sah kepada Fahril. Mereka selamat diijabkabulkan tepat jam 9.50 malam. Selesai akad nikah, kami sentap hidangan yang telah disediakan. Nasi putih lauk ayam goreng, nenas dengan udang masak merah. Perghh meletup! Lapar sangat. Hehehe. Akhir kata..sebagai rakan dan teman, kami mendoakan agar perkahwinan ini kekal dan bahagia sehingga ke akhir hayat. Tahniah!

2 comments:

Anonymous said...

kawin da kome ye...
selamat pengantin baru sheeda dan fahril

Tina said...

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Semoga diberkati ALLAH S.W.T dan berbahagia sehingga ke akhir hayat...