Update in progress........

Sunday, August 10, 2008

Bestman

Sheeda & Fahril's Wedding - 10.08.08

Pagi ni aku bangun kul 9 pagi sebab malam tadi tido lambat..risau esok nak kena jadi bestman atau pengapit kepada Fahril. Hahaha. Bertolak ke rumah Sheeda kul 1130 pagi. Leen and Faz amik kat Sentul. Sampai sana, Sheeda baru di make-up kan. Fahril tak siap lagi. Pukul 1.15 petang, kami semua gerak ke Dewan Pusat Kominiti Bandar Manjalara. Sampai sana, aku menjalankan tugas ku sebagai pengapit kepada Fahril. Kompang di palu. Pengantin segak berlalu ke arah pelamin di atas pentas. Aku berjalan seiringan tapi belakang sikit la dari pengantin. Duduk kat atas pentas, aku macam terketar sebab segan campur gabra campur malu. Huhu..malu jadi perhatian orang ramai. Memangla bukan aku yang dia orang tengok tapi sebagai pengapit aku kena pastikan Fahril berada dalam keadaan segak dan dijauhi peluh...bukan tu sahaja, kena kipas beb! Itu yang utama. Chewah! Tangan penuh dengan tisu. Nak lap peluh Fahril le kate kan. Tapi nasib baik la dia tak berpeluh. Cool jer. Caya lah. Senang sikit kerja aku. Hahaha. Tetamu tak putus-putus ambil gambar pengantin. Eeee segan lor. Tapi kena maintain gak..senyum. Acara merenjis bunga rampai tak lama..nasib baik. Huhu. Lepas tue, acara bersantap.. Aku pulak kena makan semeja dengan pengantin. Adoiila. Tak apa la..lauk dia pun best jugak. Ada pelayan lagi. Kuikuikui. Tapi makan tak puas la. Kena control makan. Tak besh kan? Ahaks! Lepas potong kek baru la selesai tugas aku nih. Then baru leh jumpa geng yang lain. Leen,Pokku, Tina, Lan, Faz dan Erin. Ma dan Ayie sampai lewat sikit. Macam biasa, edisi bergambar. Tak ada gambar tak ada la korang semua tengok gambar nih kan. Majlis habis pukul 4 petang. Lepas tu kita orang semua lepak dekat Syed Bistro Bangsar. Makan sambil main UNO games. Perlawanan sengit antara Erin dan Faz. Jenuh kami menunggu siapa yang abis dulu. Haha. Faz dan Pokku balik sekali naik train komuter..masing-masing kat Seremban dan Nilai. Sungguh penat dan letih sangat hari ini. Setel semuanya.. tunggu minggu depan pulak bahagian rumah Fahril. Aku lagi ker pengapit? Hahaha..tungguuuuu.

No comments: